Thursday 29 December 2011

Masa semakin suntuk.

Assalmmualaikum,selamat petang.

Oh,entry ini aku terpaksa buat mengenangkan seorang kawan aku yang nak pegi jauh.Ya,memang kene pakse nak buat macam mana, kenalah tunaikan hajat orang yang dah nak pergi kan dan masanya terlalu hampir.Arghhhhhhhh,sedih ke aku ni? Nampak macam tak ikhlas tapi dalam hati siapa yang tahu haha.

Aku cuma nak wish kau bertemu kebahagiaan lah sepanjang kau berhibur di sana dan aku ade senaraikan benda-benda sampingan yang boleh kau buat:


1.Cari pakwe dari pelbagai suku kaum. Please la jangan memilih dan pilih kaum sejenis je.Tak adil  kau tahu.Ala setakat dalam kem.Nanty kau balik kau clash la dengan dia.Ape, kau nak kate aku jahat? Jangan risau dia pun akan buat bende yang same kalau kau tak mintak putus dulu.Tak percaya?Boleh la cube.     Hero kau takan tau lah kahkahkah(ketawe syaitooon).

2.Kau boleh maen tembak-tembak dan aku cadang kan kau curik satu senapang tu.Kalau kene tangkap cakaplah kau nak praktikkan ape yang diajar dekat rumah.Mesti diorang bangge kau ni cepat belajarkan?hehe.Time tu jangan lupe aku.Jangan jadi kacang lupekan kulet!

3.Kau boleh basuh baju sendiri pakai tangan dan kaki sambil menyanyi lagu rock kapak.Mesti kau hargai saat tu sebab kau tak pernah buat dekat rumah.Jangan lupe pakai sabun ape ntah yang ade co-enzyme tu.

4.Selamat berkawad.Walaupun bukan time kau kene kawad.Cube kau kawad sorang-sorang.Bila orang tanya kau cakap lah kau tengah praktis.Compom lah kau dapat jadi ketua perempuan kat cito haha.Gile kuase kan?? Takpe kau memang gila kuasa pun.


Dah la,banyak benda aku nak pesan.Cukup-cukup lah.Aku nak balik kampung ni.Biaselah kampung dekat ceruk laen maxis pun takde.Kalau nak buat entry panjang-panjang tunggu aku balik kau dah takde pulak.Oh ye, boleh online tak kat sane??

selamat3 menjalani latihan khidmat negara di...................? serius aku tak tahu.sorry ume.
UME YANA




#Aku dengan Ume dah setuju untuk saling membuat entry.Dia buat enry pasal aku,aku buat entry pasal die.Tapi tak sangke pulak die mempromote aku.Cehh,,malu la aku.Dah la aku pemalu cisss.Makcikk tak mintak publisiti pun nak,huhu.Makcikk blogging sebab bosan.Kalau makcikk dapat PLKN same macam Ume ni compom makcik takde blog.Kalau ade orang kate makcikk mempromote diri makcikk na cakap makcikk sedeh uhuk3.Senah amek minyak panas mak ni.Sosak raso hati den ni ha.Bolehla curah minyak panas.Orang kate bagus mandi minyak untuk kekal awet mude hehe.

#Aku tak bertanggungjawab atas ape yang aku cadangkan.Terima kasih.Semoga berbahagia.

Terselamat daripada muflis.Realiti dunia yang tidak mengenal simpati.

Assalammualaikum,selamat malam.

Argghhhhhhh!!! perasaan ini,adakah anda semua mengerti?;(

Dalam hati memang sakan la aku menyumpah.Bila aku nak muflis semua menjauh dari aku.Hilang family,kawan-kawan dan lagi duittttt yer opkoz lah name pun muflis kau ingat ape?? Memang lonely gila.Pehh sabo je lah. Sabarkan separuh daripada iman:).

kalau comel-comel begini tapi sedih memanjang apa gunanya?



Sedih memang sedih.Tapi semua itu telah berakhir tadi.Yes, TADI.Berkat bace yasin di malam jumaat  jodoh aku dipermudah untuk bertemu balik purse yang  berminggu-minggu hilang.Sekarang tak la sedih lagi sebab bile keluar jalan, tak dapat beli apa-apa, intai  dari jarak dekat .Intai ke tu? Kalau kasut siap cuba-cuba lagi.Oh, haritu sebelum jumpa purse jumpa sepasang kasut pink yang comel sangat, sadisnye wuwuwuw:(.

Paling best semua ahli keluarga dan kawan-kawan tersayang punya gambar dapat kutemu.Taklah aku rasa lonely lagi.Bila aku rindu aku tatap macam tak ada hari esok hahahaha XD.Duit tak seberapa dan kad bank Islam tak hilang.Kad ahli Healthymore pun masih berkilat.Hah, tak tahu Healthymoore tu ape? Ala kedai lebih kurang macam Watson tu.Ade dekat BP Mall sebelah kedai jual cd.Aku pernah masuk dan kalau nak carik cerita Wonderpet pun boleh jumpa kalau cerita blue aku tak tahu dan aku tak hingen nak cari.Depan kedai roti Pasifik.(promote ni.nak jadi ahli free dan time aku jadi ahli boleh beli panty liner dengan harga RM1.00.mane nak dapat??)

YES!!!!!!! aku tak akan muflis.Hidup berjalan seperti biasa haha.Gembiranyaaa.

Ya Allah,terima kasih.Aku bersyukur.


jangan tanye aku jumppa purse aku kat mana.aku memang pelupa.=,='





First entry-kah? Suatu tanda tanya:)

Assalammualaikum,selamat petang.

url blog menggambarkan isi hati.=,=' 

pusing tepi.
comelkan?haha.

kalau kau dah takde kerja apa kau buat?