Saturday 14 April 2012

Review:Battleship

Assalammualaikum.

Okay, dua hari lepas sebenarnye aku pergi wayang sekampung konon melepas rindu nak jumpa kawan-kawan time sekolah dulu.Haha,serius dulu sebab tahun lepas.Dah dua hari baru nak cerita kan? Takpe belog ini memang selalu memaparkan berita basi.Kihkihkih.


dah tengok?

Meh aku bagi sinopsis ikut sedap mulut aku:

Hero die asalnye tak boleh diharap,kira tak berguna lah.Abang die gile sakit hati kat die so pakse si hero  masuk tentera. Negara dia ni ada sekumpulan saintis dok hantar isyarat dekat planet yang berkemungkinan ada persamaan dengan bumi.Tanpa disangka ada pulak hidupan iaitu alien.Alien datang secara berjemaah,lalu tercetus la perang.Alat komunikasi si alien ni pulak rosak jadi dieorang cuba nak guna teknologi bumi supaya dapat berhubung balik.Tapi dapat dipatahkan oleh si heroin and the gang.

Mase perang abangnye hero mati sobsobsob,sedih tau.So,hero menjadi ketua bergabung dengan sorang lagi ketua dari china dan akhirnya berjaya kalahkan alien.yeyyyy.Eh, baru perasan aku tak cerita pasal hero,heroin dan bapaknye. Takpe,korang boleh pergi tengok sendiri.



Hahahaha.Bodoh gila sinopsis aku.Takpelah takde markah pun kan.Hehe


suke raihana dalam filem ni tapi kenape cik kak ni punye dialog sikit sangat???why?why?why?


Cerita ni best sangat tau.Tak rugi tengok dekat pawagam sebab kesan khas die memang seronok.Sampai rasa sayang la terlepas aksi perang dia.Tapi masa aku tengok cerita ni ade dua orang minah mane tah asyik bangun pergi tandas.Apehal diorang ni.Nasib baik la aku tak bizi bodi pergi tanye memacam.Hehe,sekarang pun dah terase macam mak joyah bizi body.hohohohoh.Apa-apa pun memang berbaloilah doblas hengget aku.


Kekurangan filem:

Cerita ni lame wehh.Dalam dekat empat jam.Dah la sejuk gila dalam wayang.Menyesal aku tak pakai snow cap.kahkahkah.Permulaan cerita agak lambat.Boleh je sebenarnya skip sikit.Orang still faham la hero dan heroin tu saling jatuh cinta,alahaaaii.

Lagi part permulaan ade babak keblue an kat situ.Aku pelik kenape lembaga penapisan filem tak potong babak tu.Malu la weh,cerita macam ini kan ramai budak suka tengok.Saje ke tutup sebelah mata padahal kalau potong babak tersebut takde rosak pun filem tu?Memang tak sesuai betul dengan budaya ketimuran kite.Nilah salah satu sebab kenape abang hidung belang tak tahan nak merogol orang.Memang sekejap je babak itu tapi sekejap yang tulah buat encik perogol nak merogol bersepah-sepah.kahkahkah.

Ke aku yang tak tahu tak boleh maen potong-potong filem ni??










#ade orang suruh aku buat review filem ini sebenarnya.Terus terasa artis,harharhar.



Thursday 5 April 2012

Review: Wrath of The Titans


Assalammualaikum

Aku baru je tengok cerita ni dua hari lepas.Bajet glemer betul nak tulis review dekat belog.kih3.



menonton dengan teman3 tersayang adelah kebahagiaan.hehe.tetibe.




Ini adelah review dari sudut mata aku:

ehem3.


Cerita ni memang la best dengan adunan aksi dan kepelbagaian teknik janaan komputer ewah! tak agak ayat mak.Ye memang best, tapi kenape takde hero abang kacak dalam filem ni?????!!!!! Watak sampingan kacak pun takde tau.Awww,sedih mak macamni.wuwuwu.


Lagi satu, jalan cerita dia memang senang sangat.Kalau dewa-dewa tu takde masalah keluarga cerita ni takkan jadik.Simple, dalam adik beradik ade saling jeles3 lepastu yang paling tersisih datang nak balas dendam dekat bapak die.Haaa, gitulah adik beradik dewa a.k.a tuhan dalam cerita ni.


Ibu bapa yang bawa anak-anak belum mumais sangat digalakkan lepas menonton terangkan sikit-sikit pasal cerita ni, yelah bebudak kan.Dia boleh salah faham la sebab dewa tu dipanggil god, god kan tuhan.Tapi tuhan die kenape macam manusia siap boleh sakit mati semua.Jadi kene terangkan.Kena!!!! sebab, kalau anak-anak anda dah salah faham dari kecil macamane pula dewasanya nanti,cewahh!


Kalau yang ade rase cerita ni sesat, ya memang pun tak selari dengan akidah islam kita.Jadi kat sini boleh la kita buat perbandingan.Contohnye cerita ini ada banyak tuhan, dewa perang,bapak dewa,anak dewa,dewa separuh manusia separuh,adik beradik dewa, takke boleh menimbulkan pergaduhan dah banyak sangat tuhan.



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah (wahai Muhammad surah-al 'Ikhlas): “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa,
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia

Maksud surah Al-Ikhlas

Tonton cerita ini lalu anda akan dapat lihat betapa agungnya tuhan kita.Sangat sempurna segala zatnya.Hanya perlu bandingkan cerita ini dengan surah di atas yang menerangkan segala kebesaran Allah walau dengan  hanya empat ayat.Subhanallah:).Allah lah yang maha berkuasa di langit dan dibumi serta tiada sesuatupun yang setara dengannya.Jadi tak mungkin ade gaduh3 macam dalam cerita ini:)

Kesimpulannya bolehlah pergi tengok,best, tapi jalan cerita sangat boleh dijangka.huhu ^-^.