Thursday 23 February 2012

Salah asuhan?

Assalammualikum.



menangislahh..


Aku tersangat pelik harini.Kerja dekat tempat jagaan kanak-kanak adalah seronok, lagipun kalau semua dieorang tidur pada sleeping time maka aku pun bolehlah buat benda yang disukai iaitu....tidur sekali.kuang3.



Pelik #1: Kenape aku boleh tertidur sekali sampai satu jam.Ishhh...tak agak.Selalu aku tak buat tau.Biasenye aku memasak,kemas taska,sapu sampah,bla bla bla.Okay tipu.Paling-paling aku baca komek jew.haha.


Pelik #2: Harini ialah hari kesebelas bekerja sebagai pekerja on call di taska.On call tu,engkau ade??Takpelah feeling doktor siket-sikit.Namun benda pelik ialah aku tak tahu dan malas nak tanya gaji aku berape.kih kih kih.Sampai sekarang tak tahu gaji!


Pelik #3: Inilah yang terpaling pelik.Salah siapakah jadi begini?Aku kerja jaga anak orang penuh kasih-sayang dan berciri ibu mithali tapi di salah guna.Salahnya budak fevret aku kini menjadi budak terpaling gembeng.Mesti nak  kene dokong lahh ajak bergurau senda.Ape ingat tak ade kerja lain.Ya, memang tersilap mencurahkan banyak kasih-sayang.Kadang-kadang kene dengki juga bia budak tu jadi gagah perkasa. Yeahh,,aku dah jumpa alasan untuk mendengki budak tu.

Kita jumpa esok yee.hehe.





Memang tersilap.Sebab tu lah ade pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.Kalau anak dah besar panjang nak suruh buat ape pun payah.Membazir air liur.Mestilah membazir,air liur aku contohnya berharga sama dengan air liur burung walit.hahahahahhahahahahahaah.




Monday 20 February 2012

Mari-mari ke festival layang-layang antarabangsa....tahun depan!

Assalammualaikum, selamat berbahagia dan bergembira.


Lalalalalalalala- mood: senang hati.
Mood ini sangat berharga tau3.Oleh itu aku dan famly pun bersenang hatilah pergi ke pasir gudang sambil bernyanyi riang ria raya pada hari Sabtu lepas, konon-konon nak tengok layang-layang yang menari-nari di angkasaraya....apehal ayat pembuka sangat pelik dan menyampahkan ni.hehe.


Baiklah ceritanya kami semua melihat......credit to google.bukan gamba aku pun.








.....melihat banyak layang-layang yang cantik,comels dan rasa ingin memiliki.Tapi kenapa guna gambar google? Tak reti amik gambar sendiri ker?Ya inilah cerita yang sebenar baru nak bermula.


Kiteorang datang dalam pukul enam petang lah.Dan ape yang kami nampak adelah,jeng3.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


layang-layang rebah di tanah!!

Arghhhh.bencinye!Siap lipat gulung-gulung sebab dah habiss rupanya.Sampai  lima setengah petang je dieorang main layang-layang tu (makcik jual layang-layang bagitahu).Tersedih la juga sekejap tapi lepastu ade banyak gila gerai jual macam-macam terus tersedar dan perasaan ingin bershopping meresap ke dalam jiwa.
Huuu.Perasaan istimewa dalam diri setiap insan yang bergelar perempuan.ceh3.


Jadi kesudahannya adalah berjalan melawat gerai-gerai dengan gaya menteri-menteri melawat rakyat jelata.Sekian, terima kasih rakyat!









Oleh kerana festival ini tamat pada 20.2.2012 maka berdoalah untuk hidup lebih lama supaya dapat pergi tahun depan dan tengok layang-layang sebenar sedang terbang,bukannya dalam lipatan!


Tuesday 14 February 2012

Berasap kalbuku dihembus pilu;(

Assalammualaikum dan selamat malam sekalian alam.


Tadi aku dekat taska feeling shahdu kau tahu.Sebenarnye semalam dah rase shahdu.Tapi harini pun shahdu jadi bila dikumpul dua hari jadi shahdu kuasa dua.hehe.

Semalam adalah pertama kalinya aku mandikan budak oku (Orang Kurang Upaya.tau tak.kalau kau tak tahu kau termasuk golongan ni tau).Budak ni tak la teruk sangat oku nye.Cuma kaki lemah tak boleh berdiri lame dan enggak bisa berjalan apatah lagi berdansa ya kawan-kawan.Percakapannya agak lambat tapi kondisi kesihatannya baik sebaik-baikknya.Tapi budak ni boleh menghesot dengan laju sokay la.Tak la susah sangat nak ke mana-mana.


Tapi aku mandikan dia adalah leceh sikit.Kena pegang biar tak jatuh.Kang kalau jatuh jadik benda bukan-bukan tak pasal-pasal aku masuk Harian Metro muka depan Seorang kanak-kanak oku mati terjatuh di bilik air kerana tukang mandikan sedang leka berjoget lambak.Kan tak ke mampus femes benar nanti.hew3.


Ahh,semasa kali pertama bertentang mata dengan budak ni pun aku dah terasa syahdu sampai nak meleleh hingus boleh buat stok cendol tapi aku batalkan hasrat nak buat cendoltu.Dia baru oku yang sedikit lah sebab ramai lagi kat luar tu yang lebih teruk ke-oku-annya.Aku tak boleh bayangkan kalau aku ade anak dan dia tiba-tiba kurang upaya.Aku mampu ke nak jaga.Sabar ke nak jaga nanti.Macamana nak pergi bawak jalan-jalan.Eeee peninglah kalau fikir.


gambar google: nilah contoh cendol aku.


ini pula cendolku yang bertukar rupa.wah! sedapnye!!


Budak tu tak boleh nak jalan aje tapi macaman dia dah besar nanti? Macamane ek? Tabik la kat semua ibu bapa yang tegar jaga anak-anak oku mereka walaupun anaknya lagi teruk dari yang aku cerita ni.Insyaallah ada balasannya di kehidupan selepas mati. Melihat insan kurang bernasib baik membuat aku bersyukur.Masih jauh lagi aku dengan penciptaku..........




Termenung sekejap.



Monday 13 February 2012

Omakk dah tahu.kuang3.

Assalammualaikum and hye ebelibadi!!!


Aiseh,baru je hambe nak berbelog dengan konon-konon bersendirian tapi terkantoi jua dengan emakku.keh3.Omak kalau bace ini semua jangan cerita kat sedara-mara.Jangan pakat 1 famly bace belog akak.Jangan ejek.Jangan cerita pasal belog kat dunia realiti.Jangan amik kisahlah senang.Dah bace simpan dalam hati.hahahahaha.Biaselah belog orang sunyi memang begini.Belog orang takdek kerja tetap.Tapi manelah tahu akak duduk obersi satu hari nanti.Boleh menayang rumahku yang bersalji itu.heeee berangan.


Ala jangan la suruh mulut3 becok kat rumah tu bace.Mulut dyeorang bukan ade penapis macam mamak tapis teh tarik guna stokin busuk die tu.Tau3.Janji eh.hehe.Peace..



                              

Friday 10 February 2012

Cerita aku,Yuna,Qi dan destinasi bajet.

Assalmmualaikum,selamat malam.


Terukir di bintang by Yuna :)


Semalam baru aje balik dari jalan-jalan ala destinasi bajet dengan kawan-kawan.Masih sakit kaki jadi tak dapat nak cerita banyak-banyak.Kaki sume terasa nak tertanganggal okay.Tapi kene cerita jugak suatu hari nanti sebab tu entry ole-ole untuk  madideyha.Oh, terpakselah.Kan,kan nampak tak ikhlas tu.huahaha.


So, ape kene mengena Yuna dan Qi dengan aku ni?
Jawapan: Aku cuma nak cakap sebelum Qi pacaran sama Yuna ni aku dah minat die.hehe.Bukan la suka apa cuma suka dan tertanya-tanya macamana Qi boleh ade muka comel walaupun dah 30++ umurnye??peliks3.



Dah tu ape kene mengena dengan destinasi bajet?
Jawapan: Kau tak tahu ke Qi dulu hos rancangan tu.



Jadi apebendenye dengan entry kau ni dengan tu sumer?
Jawapan: Takde ape-ape.Yang jalan-jalan tu aku nak cerita nanti je.Bukan hari ini.Ini entry pening-pening aje.Kah3.Tahniah kalau berjaya membaca dengan rase geram.





Timekasih.



Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul.

Assalammualaikum semua dan selamat pagi :)



Muhammad bin Abdullah merupakan bukti cinta yang tiadalah dapat ditandingi manusia manapun.Rasa kasih dan sayang baginda kepada umatnya begitu menebal sehinggakan waktu ajal baginda juga baginda tetap menyebut-nyebut umatnya tanda ingatan yang tidak pernah putus.



Tapi kita? Bila maulidur rasul baru nak cerita kisah nabi.Untung tahu hari lahir nabi.Untung dekat kalender islam ade sedia tercatat.Untung ada cuti sekolah sempena hari istimewa ni.Untung banyak program keagamaan yang dirancang.Kalau tak adakah kita masih sekurang-kurangnya tahu?Kalau sebut selawat nabipun belum tentu bersambut layake nak cakap cinta dan kasih kepada nabi?


Oh,malu sebab aku tak mampu membalas cinta nabi sebaiknya.Aku mengharap syafaat tapi solat pun lewat-lewat,selawatpun bila ingat.




Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara 
Gurindam Entertainment






Semoga kita saling ingat-mengingati sesama umat:) 
Semoga kita dapat menjadi umat yang boleh membalas walaupun sedikit cinta Allah dan Rasullullah:)
Semoga hidup kita sentiasa diredai Allah dan meletakkan nabi sebagai junjungan:)
Semoga kita semua baik-baik sahaja.Insyaallah:)




SALAM MAULIDUR RASUL

Kalau kusut kepala pergilah iron dan jangan stress:D

Assalammualaikum,selamat malam.


Oh malam yang pening dan kusut.Stress pun iye jugak.Tapi aku tak paham ape yang berlaku sampai aku stress. Mungkin stress nak fikirkan sesuatu.wuwuwuw.Ape bende yang merepek ni.Mane iron??Nak gosok kepala biar tak berapa renyuk sikit.hehehe.


Aku tengah berusaha keras membasmi setiap jerawat yang bermaharajalela dan tumbuh merata di muka.Tapi bila terlihat satu artikel aku geram sebab stress boleh membawa banyak kesan kepada kulit.Aku memang lah tahu hakikat tu.Tapi tak sangka banyak weh.Antaranya:




1.Jerawat berkembang biak dengan gembira dan bahagia berikutan hormon-hormon stress dirembeskan dengan kuantiti agak banyak dan kemudiannya melahirkan zuriat jerawat comel yang merupakan anugerah yang tdak ternilai.hehehe.



2.Kulit menjadi kering angkara stress yang menyebabkan perjalanan darah anda tidak selancar kereta api. Sekejap deras sekejap perlahan.Kulit akan kelihatan kering dan pucat.


3.Kulit yang kering akan mengakibatkan kulit kusam.Tidak bermaya.Ohh sadiss tak gojes dan bercahayalah muka nantiT.T


4.Kulit semakin berminyak kerana stress menghasilkan peningkatan penghasilan hormon testosterone menyebabkan penghasilan minyak berlebihan pada kulit.



Okay, kalau muka pun berminyak maknanya pori-pori wajah senanglah tersumbat dan naik lah jerwat. Tengok!banyak tau punca jerawat.Sikit-sikit pusing sana pusing sini sume tumbuh jerawat.Cikgu PJ aku pernah kata kalau kita tahan berak pun jerawat senang tumbuh.Aku tak dapatla nak buat eksperimen sebab jerawat aku ade sepanjang mase hew3.Alhamdulillah sekarang tinggal sangat sikit dan harap-harap die boleh pergi tak kembali.hahaha.

nak bertukar kulit macam ni kan senang! tarik zip aje.hehe



Dan mestilah ade konklusi iaitu aku mahu mengelak stress bagi membina kulit yang flawless gitu.So, please warga sekitar kehidupan aku agar mengsupport usaha murni aku.Antara contoh ialah tidak membiarkan aku hidup dalam tanda-tanya seperti "eh kenapa kau ni tiba-tiba terasa, aku tak paham lah=,=.Could you explain more to avoid me from having stress? Stress melahirkan jerawat tahu?"hehehe:) Senyum tau jangan moody2 ta comel nanti.










more info??silakan ke sini dan sini.Aku pun tulis ni berdasarkan apa yang di baca di kedua link tersebut.

Thursday 2 February 2012

Terasa macam ade six sense

Assalammualaikum,selamat pagi semua.



Ya hari masih pagi.Aku rase ade sesuatu yang best akan berlaku.Atau sebaliknya kah?? Tak kisah lah yang penting perasaan aku kata benda best.haha.Adakah en.Safee Sali akan belikan aku handphone idaman ini? Memang persoalan.Kalau ade bnde best terjadi betul-betul nanti mesti seronok yeayyy.

HeritageHijab First Giveaway

Assalammualaikum,selamat malam.

jum join GA ini:)

heritagehijab :)

Tahukah anda ramai tau yang minat dengan barangan menarik di belogshop ini.Meh3 jum kite tengok testimoni pelanggan.





ARTIS ANTARABANGSA:


jessica alba : best bro, ai suke gile dengan baju korea style dari  HH ni.sweet gitu. you nak tengok??

jessica alba: kan ai dah cakap.comeikan.hehe ^-^








ARTIS TEMPATAN


lisa surihani : shawl-shawl yang dijual di HH  ni cantiks3 belaka.lagi-lagi shawl Kasih.nanti nak suruh abang yusri
belikanlah.hehe

lisa surihani : saye nak ini tapi die tak jual.*geram*haha.

lisa surihani : yang ni pun sweet kan??






Testimoni tamat.Jadi apalagi jumlah berkunjung ke heritagehijab dan luangkan wang anda dengan barangan yang gojes3 ini.>_<.


Dan kalau HH nak jadikan saye model tudung anda silalah PM saye.Wajah saye adelah kembar dengan perempuan berbaju merah di atas.huahahahahaha...



Samsung Galaxy S2 kaler pink T.T *nangis*

Assalmmualaikum, selamat petang.


Sesuai dengan semangat mencari handset baru maka aku pun berbelog walking bagi melihat-lihat lagi dan lagi dan lagi.hehe.Pencarian mesti diteruskan bagi memperoleh apa yang dihajati bukan?Tapi ada sesuatu yang mengusik jiwa bila aku terbuka link ini.




ah.comey nye T.T



Khabarnye handset ini akan sampai ke Malaysia sekitar bulan Mac atau April 2012.Tapi sekarang sudahpun dijual di UK dengan harga  £445.97 . Ini bukan casing okay.Ini warna ori die.Kalau sebelum ni model Galaxy S2 hanya berwarna hitam dan putih sekarang ia didatangkan khas dengan kaler pink!! Auuu teruja nyahh:)


Oh,hati meronta mahukan ini pula.Tapi hakikat poket yang kempis ini haruslah aku akui.Jadi boleh tengok sambil nangis.wuwuuwuwuwuw.Malamni wajib mimpi si comel pink di atas.Mimpi pun jadilahh.hahahaa.Okay boleh nangis terharu sekarang T.T






Wewitt.Jutawan bola sepak Malaysia Safee Sali makin murah rezeki sekarang.Tahniah kepada beliau dan apa salahnya berkongsi kegembiraan dengan membelikan aku handphone kaler pink ni.Oh pleasee,,harap-harap dia terbace entry ni.Kah3 berangan je lebeh.


tahniah3 ^-^