Tadi aku dekat taska feeling shahdu kau tahu.Sebenarnye semalam dah rase shahdu.Tapi harini pun shahdu jadi bila dikumpul dua hari jadi shahdu kuasa dua.hehe.
Semalam adalah pertama kalinya aku mandikan budak oku (Orang Kurang Upaya.tau tak.kalau kau tak tahu kau termasuk golongan ni tau).Budak ni tak la teruk sangat oku nye.Cuma kaki lemah tak boleh berdiri lame dan enggak bisa berjalan apatah lagi berdansa ya kawan-kawan.Percakapannya agak lambat tapi kondisi kesihatannya baik sebaik-baikknya.Tapi budak ni boleh menghesot dengan laju sokay la.Tak la susah sangat nak ke mana-mana.
Tapi aku mandikan dia adalah leceh sikit.Kena pegang biar tak jatuh.Kang kalau jatuh jadik benda bukan-bukan tak pasal-pasal aku masuk Harian Metro muka depan Seorang kanak-kanak oku mati terjatuh di bilik air kerana tukang mandikan sedang leka berjoget lambak.Kan tak ke mampus femes benar nanti.hew3.
Ahh,semasa kali pertama bertentang mata dengan budak ni pun aku dah terasa syahdu sampai nak meleleh hingus boleh buat stok cendol tapi aku batalkan hasrat nak buat cendoltu.Dia baru oku yang sedikit lah sebab ramai lagi kat luar tu yang lebih teruk ke-oku-annya.Aku tak boleh bayangkan kalau aku ade anak dan dia tiba-tiba kurang upaya.Aku mampu ke nak jaga.Sabar ke nak jaga nanti.Macamana nak pergi bawak jalan-jalan.Eeee peninglah kalau fikir.
gambar google: nilah contoh cendol aku. |
ini pula cendolku yang bertukar rupa.wah! sedapnye!! |
Budak tu tak boleh nak jalan aje tapi macaman dia dah besar nanti? Macamane ek? Tabik la kat semua ibu bapa yang tegar jaga anak-anak oku mereka walaupun anaknya lagi teruk dari yang aku cerita ni.Insyaallah ada balasannya di kehidupan selepas mati. Melihat insan kurang bernasib baik membuat aku bersyukur.Masih jauh lagi aku dengan penciptaku..........
Termenung sekejap.
tak dapat topup free tapi anis dapat follower free...mihahaah...;p
ReplyDeletetq:) nanti bg topup lagi eah..peluang ke 2 pulak.haha
ReplyDelete