Sunday 25 August 2013

Tajuk ni nak letak ape?


Assalammualaikum.


Coz i have very limited ideas on what will i learn for the course of my degree, i just read this :)


Ok leh la gelak.ai baca ensikopedia bergambar je.haha



Sebenarnya sekarang aku tengah survey laptop.Tak payah mahal-mahal.Cukup untuk keperluan masa study ni.Bak kata one of my senior, tak payah laptop nak mahal, canggih, and everything, yang penting assignment kita tu berkualiti.Kata nak first class degree kan.. kalau setakat kopi paste takpayah berangan laa..Uhuu, lap peluh.Harap-harap tak TERbuat lah nanti.Kih3.


Citer pasal assignment nih tetiba teringat satu web untuk buat slides yang cool.Ala untuk presentation tu.Ni pun ade senior yang suggest.So jeng3...(hover je lebih)..Ah malas la nak attach pape.Sape berminat korang pergi jela ea dekat prezi.com.Series tak mengecewakan:) 


Balik semula mengenai laptop.Aku berdoa berjodohan dengan laptop pink.haha.Mengade betol pompan ni.Ala bukan selalu pun kan.Bayarpun tak guna duit mak ayah rasenye(sebab belum beli so boleh la rase-rase.haha).Harap-harap tak le lelebih no ai menyusahkan mereka.Kalau kat Sabah ada masalah nanti sedih ke apa nagis bawah bantal jela.Bila call mestilah hepi2 aje.Tak gitu khenn.. 







Nak kemas luggage ni.BYE!



Friday 19 July 2013

SABAH


Assalammualaikum.

Amboi, dup dap dup dap sangat tau nak pergi sabah ni.Tapi semua benda belum settel.Pergi sana bawak barang sikit aje.Watlek dulu ah.hehe.Kang nanti aku yang menyesal tak prepare awal.Padan muke!

Meh cerita sikit.Sabah ni tau tak kat mana? Ala kalau tengok peta dulu masa sekolah mesti cakap yang macam kepala anjing tuu.Haha, tak sangke kejap lagi aku stay sana.Siap kat sandakan lagi:p.

Sandakan yang dekat hidung anjing tau:)
[KREDIT]



Btw, bila di sabah nanti aku ada harapan,nak stadi rajin-rajin.ehee.Ai dah bosan uolls jadi pemalas.Which is sangat ketara masa form4 and 5 dulu.Adalah sebabnya kan.Masa tu memang lah tak rasa ape-ape.Then masuk matrik amik kau.Sesak nafas ni.Rasa down and lost hope tu slalu lah jugak.Tapi kat matrik nilah masa muhasabah diri.Ape je yang aku dah dilakukan sepanjang hidup ni.Sejauh mana kehadiran diri ini memberi kesan kepada yang lain.Bak kata Prof. Muhaya, jadikan hidup di dunia ini untuk memberi sebanyak-banyaknya dan akhirat nanti untuk menerima sebanyak-banyaknya;).Owh prof,, i'll always love ur words.Lagi-lagi buat sesuatu jangan mengharap penghargaan dan pujian manusia.Masuk hati key.

Malas yang dimaksudkan di atas bukan lah malas tergolek macam ular sawa kenyang tu.Tapi sebolehnya kalau belajar, aku dah buat yang terbaik kan.So, whatever the results nanti after the exam bolehlah cakap kat diri sendiri: oh takpe result macamni, yang penting aku dah buat yang terbaik.Kita sendiri rasa dan tahu sejauh mana yang TERBAIK tukan.Kalau masa spm dulu bila orang pujuk aku: takpelah anis,,,kan dah buat yang terbaik.Aku dalam hati gelak je.Mane ado yang terbaik.Tak maksimum langsung usaha.So, masa tu aku takdapun pujuk diri cakap takpe dah buat terbaik.Cakap padan muka adalah!

Good luck lah untuk diri sendiri.Mana tahu rezeki kat sana.Untung-untung dapat first class degree tak payah bayar balik PTPTN.Insyaallah, selalu doa-doakan ea.Tapi paling penting ai tak sabar nak naik BELON. Yeahhhhh;)





Friday 12 July 2013

Result UPU



Assalammualaikum.


Alhamdulillah sempat juga merasa ramadan sekali lagi.Senyum sikit:).


  My second day of ramadan aku dapat result upu tau.Aduh jantung punya la rasa nak gugur.Malam sebelumnya aku jaga nenek kat hospital.Siap terdengar orang mengerang patah kaki eksident dengan lori.Terus bersyukur pointer cukup makan.Bukan apa, dulu dah cakap pada diri sendiri pointer ok nak jadi doktor.Doktor jugak tak kira!.Ni baru dengar orang nangis kesakitan dah tak sanggup.Siap cangkung tutup telinga.Pleaselah, jangan buat kelakar.Tapi dia patah dua kaki.Harap-harap cepat sembuh.

  So, aku adalah semalaman tak tidur.Balik terus terbongkang.Bangun je yeyy result dah keluar.Adalah dalam pukul doblas lebih.Check guna sms.Lepas tu kan sah aku dapat ums.Alhamdulillah bestnya siap lompat2 tau.Ok tipu.Apehal pulak nak lompat2.Dah lah kat rumah bapak sedara.Tapikan dia kata "Tahniah bla3, kursus HG35".Eh3, ni bukan kos yang aku mintak!. Terus cari laptop dan Tahniah anda ditawarkan ke kursus HORTIKULTUR DAN LANDSKAP.Ok,,,, i seee...

  Ape ek perasaan masa tu.Macam terkedu jelah.Nasib baik sebelum check aku dah berdoa supaya reda dengan apa-apa result.So, macamtulah.Petangnya naik bas nak balik bp.Aku dari muar.Naik bas orked tau.Bas baru lawa gilos.Part tak bestnya jadi manusia last yang datang.Ada kosong sebelah budak laki.Adumak dah la feeling3 shahdu.Tetiba duduk sebelah mamat mana tah.Tak pasal-pasal sangat tau.

  Kita biar jelah budak sebelahni.Aku pun sambung la termenung.Yelah, aku tak sangkakan dapat kos ni.Aku tengok orang depan, rambut dia blonde.Tolongla kalau nak kaler rambut pun bagi lah natural sikit :p. Lepastu aku tengok lantai bas, bumbung bas, kasut orang, tengok tangan aku, tengok hujung lengan cardigan aku, lepastu eh3, jap ea.EH, apehal cardigan aku terbalik ni!!!!.uwaaaaaaaa, bongok sangat tau.Dah lama dalam bas baru perasan.Seb baik kaler hitam,tapi nampak la jahit tepi dia yang terbalik tu.Saya adalah malu.cis3.Padan la orang sebelah pandang slek je.Jatuh saham ai tau.sob3.

  Bila dah jumpa my parents, dua-dua sokong aku masuk kos tu.Pastu bagi nasihat and bla3.Makin bingung tau.Bukan apa, aku serius tak tahu apa-apa pasal kos ni.Jadi balik duduk diam2 depan laptop and start searching.Walaupun tak jumpa banyak dapat banyak sokongan dari families and friends rasa macam okay.
Semangat balik.Sebab tulah bila down cari orang yang positif.Aura dia boleh sampai kat kita macam magik sangat.haha.

  Well, survey subjek dalam kos tu still adalah kimia and bio whatsoeverrr.Banyak juga benda baru yang akan belajar.Sekarang rasa tak sabar2 nak pergi sabah.ooooo.naik kapal terbang.Kau ada?haha.Aku sebenarnya takut tak ramai perempuan dalam kos tu.Entah dari mana tah datang takut tak ramai perempuan tu.kah3.Selalu je fikir yang pelik2.Bapak aku pun kata kenapelah perempuan fikir benda yang tak perlu.hahaha.Tapi serius nak tanya senior dalam page yang dieorang buat untuk mahasiswa/i baru tu.Tapikan seganlah.wuwuwuwT,T

 Lepasni nak update pasal ums banyak-banyak.Oh ye, aku dapat kampus cawangan sandakan.Suka3.Katanya populasi situ sikit je.Banyak pokok.Ceh,, cakap jela area pendalaman.haha.Takpe, akupun memang suka duduk area tenang2 dan damai.Alergik sikit tempat bising ni.Ambooooooi3, siap alergik.Kalau diri sendiri memekak runtuh bangunan tak kisah pulaks.hee.

  Dah la banyak gila merepek.Banyak sangat nak cerita.Pasal TeenACE tu serius nak sambung lagi.Tapi saya adalah bizi.Tunggu saja lah bila entrynya keluar.haha.Apa-apapun syukur.Paling syukur Allah selalu datangkan orang-orang yang sudi bantu and memahami aku.THANKS ALLAH;)







Wednesday 3 July 2013

TeenACE #1


Assalammualaikum semua:)





   Tempoh hari aku pergi program TeenACE under langit ilahi.Pergi program macam ni rasa rindu sangat-sangat dengan KMM.Kalau dekat KMM sepanjang masa ada majlis ilmu.Takdelah hati rasa kosong semacam. Tinggal siapa yang nak ilmu dengan taknak je;(.

  Macamana aku boleh pergi program ni sebab aku like page Hilal Asyraf dekat Facebook.Aku sebenarnya tak ikut pun tulisan buku-buku dia,just status FB je pun.Tapi bila compeni dia anjurkn program ni terus rasa nak pergi.Sehari sebelum program tu aku adelah beli satu buku dia.Pasal buku yang aku beli ni kite cite lain kali lah.hahaha.Seriously senang-senang aku terpengaruh nak datang walaupun follow status FB je.Harap-haraplah tak mudah terpengaruh ikut lelaki Lombok lari ke negeri asal mereka:p

   Semua benda yang ada dalam program ni buat aku berfikir.Yelah otak ade buat ape bazir-bazirkan. First sekali Hilal bagi talk.Apa yang aku ingat dia suruh berhenti hidup main-main.Cuba fikir-fikir siapa kita 5 tahun lagi.Aku kagum dengan semangat encik ini.Dia baru 24 tahun okay.Dan dah jelas matlamat hidup.Dah ada Langit Ilahi yang siap bercabang tu.Dan paling penting lagi katanya, "5 tahun lagi siapa anda? dan APA YANG ANDA AKAN BERI PADA UMAT INI!". Sedih sangat, setakat 18 tahun lebih hidup, amalan sendiripun terkontang kanting:(..Tapi insyaallah, belum terlambat berazam baiki diri dan menyumbang sesuatu untuk islam:)



   Lepas tu talk dari Amin Idris.Dia suruh dream BIG because life is short!. Orang yang ada matlamat jelas dalam hidup dia takkan ada rasa boring.Apatah lagi up status or twett cakap "BOSANNYA  hari ni".Terasa keyh, aku selalu cakap bosan kat mulut je.Takdelah nak update status bagai.Nampak sangat matlamat hidup kabur.sobsob.

    Andailah kata aku ni hidup 60 tahun.Insyaallah kalau panjang umur, aku dah bazirkan hampir 19 tahun!.sedih sangat.Masa yang paling membazir adalah masa aku form 4 and 5.Harap-harap aku tak ulang lagi membazir masa macam ni.Lagi,dia ingatkan kalau ada kesilapan, jangan cari siapa yang silap, tapi cari apa yang silap.Alhamdullillah aku dah jumpa silap aku.Setahun kat matrik yang nyawa-nyawa ikan tu aku dah blajar banyak benda.Terharu ni.serotttttttt.(keluar cendol sikit,lap balik hee)

    Paling aku tunggu-tunggu adalah Ustaz Hasrizal punya slot.Aku pernah baca buku ustaz yang Secangkir teh pengubat letih. Terus rasa nak jumpa sebab kagum sangat dengan orang-orang yang belajar sejarah.Ingatkan garang sebab tengok gambar kat mana entah macam garang je.Sekali lawok la.hehe.Ustaz bagi langkah untuk berubah berpandukankan ayat 13-14 surah al kahfi.Disimpulkan kalau nak berubah tu, kita berubah je.Lepastu insyaallah kekuatan akan datang dan kita mudah untuk bangkit.Yelah kalau kita nak berubah mesti Allah tolongkan:)


Ustaz hasrizal atas stage dan di screen.

  Btw, aku duduk agak belakang la jugak.Bukan lambat datang tapi ramai gila yang datang cepat.*alasan.haha.Muslimat ramaiiiiii sangat.Semua cun-cun.Aku pulak yang suka tengok diaorang memang aurat jaga betul.Siap ada yang berpurdah, sejuk hati sangat-sangat.Harap-harap anak aku nanti dapat bini  stok jaga maruah macmni *eh3,kesitu dah diaaa, hehe. Berdoa diri sendiri dapat jaga aurat betul-betul macam kebanyakan yang datang:)

   Dahlah, penat taip.Sambung lagi lah.Aku memang nak cerita detail pun sebab nanti aku down ke apa.Boleh baca balik entry-entry ni.Salam...










Wednesday 26 June 2013

Berubahker?



Assalammualaikum.



Hai semua.Awak pernah tak rasa nak berubah?

Saya pernah, 
antaranya nak jaga ikhtilat betul-betul;(
berjanji sendiri tak mahu berurusan tak penting dengan lelaki ajnabi,
tak mahu lagi mulakan sebarang bicara kata yang tak perlu,
tak mahu lagi hantar message yang remeh-remeh,
tak mahu lagi bermain perasaan yang sia-sia.

tapi saya pun biasa-biasa orangnya,
kadang-kadang merindu-rindu,
kadang-kadang cemburu,
kadang-kadang terpikir perkara tak perlu.

walaupun saya tahu, 
saya tak payah risau-risau, 
tetang siapa teman saya nanti, 
sedangkan Allah dah tentukan semua,
malahan sebelum saya lahir lagi.

tapi saya sendiri masih gatal-gatal,
fikiranpun masih terawang-awang, 
sepatutnya saya sibuk memikirkan ummah,
ummah sedang sangat sakit, 
tapi terleka pula....


SOBSSSSS,, ;(


Saya masih kurang ilmu.Iman saya bergelora,tapi tak seperti lautan sebab naiknya sedikit tapi turunnya banyak.Jadi nak diibaratkan macam apa agaknya?







Apapun, tolong doakan saya istiqamah ya? Saya pasti doakan awak juga^^,.






p/s: wrote this just to express my feeling T,T.yeah, sometimes shame on myself...tapi aku sendiri tak pasti,baca balik atas ni macam sajak pulak dah. hahahaha.










Thursday 13 June 2013

Gambar berjuta


Assalammualaikum


Hai. Just nak meluahkan betapa aku tak faham dengan manusia-manusia facebook lagi-lagi perempuan yang tak habis-habis tayang gambar sendiri.Kadang-kadang takde kene mengena pun!!!

"morning everyone:)"
 - letak gambar besar gila.Jarak kamera dari muka 5 cm.

"walaupun banyak masalah hidup perlu diteruskan kan?"
- letak gamba dengan muke sedih.olololooo.comel leteww.

"korang,harini besday mama saya.happy sangat"
-letak lima gambar sendiri berbagai  gaya di edit jadi satu gambar.

"lenguhnya balik shopping"
-again, gambar sendiri tengah buat muka terkejut.macam biasa jarak kamera dari muka 5 cm.


  Kadang-kadang berdekah je aku tengok.Macam "so, ape kene mengena dengan status???".haha.memang aku remove je orang yang over letak beratus gambar dia sorang.Bukan ape.Menyemak je dekat home fb aku.


  Bukan tak boleh nak masuk gambar.Tapi berpade la khenn.Aku cuma terbayang je.Macamna lah perempuan-perempuan yang sebuk tayang muka dari kepala sampai kaki sambil punyalah ramai komen "cantiknya awak""ish, sejuk tengok muka.kawin nak?"" wah,indahnya ciptaan tuhan" ni one day ada famly then ada anak.Anak dia baca pastu eh,apekene mak aku ni.Biasanya komen-komen macam tadi datang mestilah dari yang berlainan gender kan.Ape kau rasa bila mak korang macamni?


  Okay lah,aku bukannya nak bash golongan ni.Cuma tak setuju je dengan cara dieorang menampilkan diri.Ada banyak lagi cara yang proper untuk korang kenalkan diri.And tak pernah setuju dengan perempuan yang letak gambar berjuta dalam internet.Bukan ape perempuan ni begitu beharga.Bukan untuk ditayang.heee.Buang gambar anda dari laman sosial sebelum terlambat dan disalah guna!!!.Pasal terlambat dan di salah guna nanti jelah cerita.Malas dah nak taip lagi.hahahahah.Peace..








Borak kosong


Assalammualaikum.


  Hai korang.Malam tadi aku bersungguh-sungguh brainstorm idea.Nak buat ape sebenarnya.Nak kerja tapi macam tak jadik je.Heish, sabo je mak nok. Dah penat-penat fikir aku cadang nak tulis novel lah.kihkih.Macam berdekah je dengar.Tapi belum cuba belum tahu kan. Nama heroin dah ada.Jalan cerita dah nampak sesikit.Tinggal malas dengan rajin je.

  Cerita pasal malas dengan rajin.Ni pun aku tak berapa faham.Kenapa kalau kat rumah malas gila.Kadang-kadang online 24 jam.Tak produktif betul hidup. sobsob.So, mulai malam tadi jugak aku dah mestikan diri aku buat checklist ape yang perlu buat esok.At least bermakne jugak la aku kat rumah nieh.hehe.


  Tahu tak kat Malaysia ni ade beberapa kategori panas:
  1. panas
  2. panas gila
  3. panas gila babi

  Sebenarnya aku jumpa kat twitter benda ni.Kelakarlah.Apa salah babi berkenaan.Aku tak berkenan betul babi ni disalahkan dalam banyak benda.Lagi-lagi yang suka mencarut guna binatang ni.Kasihan beliau. And alhamdulillah aku pun dah belajar kawal mulut nak mencarut-carut ni.kih3.

  Banyak benda aku nak tulis sebenarnya.Tapi nanti-nantilah.Saje je nak borak kosong.Oh ye.Kejap lagi nak ramadan.Dah habis pose ganti belum???







Wednesday 12 June 2013

i'm BACK!!!!!



Assalammualaikum. 


  Hai semua. Now i'm matric leaver. Living alone at home while others are not is kind of boring. Asyik buat rutin harian yang sama je. Sedih tau, sobsob. So, suddenly teringat yang aku sebenarnya ada blog terbengkalai. Kalau dulu aku buat blog ni lepas spm sebab bosan why not tak sambung lepas matrik sebab bosan jugak kan? haha XD.

  Jadi lepas tersedar,teringat,terimbas yang "eh aku ade blog ea???". Terus aku sign in blogger and read back my previous entry rase nak ketawa gila3. Aku bukan nak cakap entry lepas aku tu kelakar ke ape tapi macam eh, ni aku yang tulis??? biar betul *hentak kepala kat dinding*

   I will start blogging again, yeayyyy!!!







p/s:My previous entry was my life back after my spm. Now i already changed a lot. Err at least i felt that i have changed.=,='.. Just don't judge me by my past okay. So, yeah.