Assalammualaikum semua:)
Tempoh hari aku pergi program TeenACE under langit ilahi.Pergi program macam ni rasa rindu sangat-sangat dengan KMM.Kalau dekat KMM sepanjang masa ada majlis ilmu.Takdelah hati rasa kosong semacam. Tinggal siapa yang nak ilmu dengan taknak je;(.
Macamana aku boleh pergi program ni sebab aku like page Hilal Asyraf dekat Facebook.Aku sebenarnya tak ikut pun tulisan buku-buku dia,just status FB je pun.Tapi bila compeni dia anjurkn program ni terus rasa nak pergi.Sehari sebelum program tu aku adelah beli satu buku dia.Pasal buku yang aku beli ni kite cite lain kali lah.hahaha.Seriously senang-senang aku terpengaruh nak datang walaupun follow status FB je.Harap-haraplah tak mudah terpengaruh ikut lelaki Lombok lari ke negeri asal mereka:p
Semua benda yang ada dalam program ni buat aku berfikir.Yelah otak ade buat ape bazir-bazirkan. First sekali Hilal bagi talk.Apa yang aku ingat dia suruh berhenti hidup main-main.Cuba fikir-fikir siapa kita 5 tahun lagi.Aku kagum dengan semangat encik ini.Dia baru 24 tahun okay.Dan dah jelas matlamat hidup.Dah ada Langit Ilahi yang siap bercabang tu.Dan paling penting lagi katanya, "5 tahun lagi siapa anda? dan APA YANG ANDA AKAN BERI PADA UMAT INI!". Sedih sangat, setakat 18 tahun lebih hidup, amalan sendiripun terkontang kanting:(..Tapi insyaallah, belum terlambat berazam baiki diri dan menyumbang sesuatu untuk islam:)
Lepas tu talk dari Amin Idris.Dia suruh dream BIG because life is short!. Orang yang ada matlamat jelas dalam hidup dia takkan ada rasa boring.Apatah lagi up status or twett cakap "BOSANNYA hari ni".Terasa keyh, aku selalu cakap bosan kat mulut je.Takdelah nak update status bagai.Nampak sangat matlamat hidup kabur.sobsob.
Andailah kata aku ni hidup 60 tahun.Insyaallah kalau panjang umur, aku dah bazirkan hampir 19 tahun!.sedih sangat.Masa yang paling membazir adalah masa aku form 4 and 5.Harap-harap aku tak ulang lagi membazir masa macam ni.Lagi,dia ingatkan kalau ada kesilapan, jangan cari siapa yang silap, tapi cari apa yang silap.Alhamdullillah aku dah jumpa silap aku.Setahun kat matrik yang nyawa-nyawa ikan tu aku dah blajar banyak benda.Terharu ni.serotttttttt.(keluar cendol sikit,lap balik hee)
Paling aku tunggu-tunggu adalah Ustaz Hasrizal punya slot.Aku pernah baca buku ustaz yang Secangkir teh pengubat letih. Terus rasa nak jumpa sebab kagum sangat dengan orang-orang yang belajar sejarah.Ingatkan garang sebab tengok gambar kat mana entah macam garang je.Sekali lawok la.hehe.Ustaz bagi langkah untuk berubah berpandukankan ayat 13-14 surah al kahfi.Disimpulkan kalau nak berubah tu, kita berubah je.Lepastu insyaallah kekuatan akan datang dan kita mudah untuk bangkit.Yelah kalau kita nak berubah mesti Allah tolongkan:)
Ustaz hasrizal atas stage dan di screen. |
Btw, aku duduk agak belakang la jugak.Bukan lambat datang tapi ramai gila yang datang cepat.*alasan.haha.Muslimat ramaiiiiii sangat.Semua cun-cun.Aku pulak yang suka tengok diaorang memang aurat jaga betul.Siap ada yang berpurdah, sejuk hati sangat-sangat.Harap-harap anak aku nanti dapat bini stok jaga maruah macmni *eh3,kesitu dah diaaa, hehe. Berdoa diri sendiri dapat jaga aurat betul-betul macam kebanyakan yang datang:)
Dahlah, penat taip.Sambung lagi lah.Aku memang nak cerita detail pun sebab nanti aku down ke apa.Boleh baca balik entry-entry ni.Salam...
No comments:
Post a Comment