Assalammualaikum.
Hai semua.Awak pernah tak rasa nak berubah?
Saya pernah,
antaranya nak jaga ikhtilat betul-betul;(
berjanji sendiri tak mahu berurusan tak penting dengan lelaki ajnabi,
tak mahu lagi mulakan sebarang bicara kata yang tak perlu,
tak mahu lagi hantar message yang remeh-remeh,
tak mahu lagi bermain perasaan yang sia-sia.
tapi saya pun biasa-biasa orangnya,
kadang-kadang merindu-rindu,
kadang-kadang cemburu,
kadang-kadang terpikir perkara tak perlu.
walaupun saya tahu,
saya tak payah risau-risau,
tetang siapa teman saya nanti,
sedangkan Allah dah tentukan semua,
malahan sebelum saya lahir lagi.
tapi saya sendiri masih gatal-gatal,
fikiranpun masih terawang-awang,
sepatutnya saya sibuk memikirkan ummah,
ummah sedang sangat sakit,
tapi terleka pula....
SOBSSSSS,, ;(
Saya masih kurang ilmu.Iman saya bergelora,tapi tak seperti lautan sebab naiknya sedikit tapi turunnya banyak.Jadi nak diibaratkan macam apa agaknya?
Apapun, tolong doakan saya istiqamah ya? Saya pasti doakan awak juga^^,.
p/s: wrote this just to express my feeling T,T.yeah, sometimes shame on myself...tapi aku sendiri tak pasti,baca balik atas ni macam sajak pulak dah. hahahaha.
No comments:
Post a Comment