Wednesday 26 June 2013

Berubahker?



Assalammualaikum.



Hai semua.Awak pernah tak rasa nak berubah?

Saya pernah, 
antaranya nak jaga ikhtilat betul-betul;(
berjanji sendiri tak mahu berurusan tak penting dengan lelaki ajnabi,
tak mahu lagi mulakan sebarang bicara kata yang tak perlu,
tak mahu lagi hantar message yang remeh-remeh,
tak mahu lagi bermain perasaan yang sia-sia.

tapi saya pun biasa-biasa orangnya,
kadang-kadang merindu-rindu,
kadang-kadang cemburu,
kadang-kadang terpikir perkara tak perlu.

walaupun saya tahu, 
saya tak payah risau-risau, 
tetang siapa teman saya nanti, 
sedangkan Allah dah tentukan semua,
malahan sebelum saya lahir lagi.

tapi saya sendiri masih gatal-gatal,
fikiranpun masih terawang-awang, 
sepatutnya saya sibuk memikirkan ummah,
ummah sedang sangat sakit, 
tapi terleka pula....


SOBSSSSS,, ;(


Saya masih kurang ilmu.Iman saya bergelora,tapi tak seperti lautan sebab naiknya sedikit tapi turunnya banyak.Jadi nak diibaratkan macam apa agaknya?







Apapun, tolong doakan saya istiqamah ya? Saya pasti doakan awak juga^^,.






p/s: wrote this just to express my feeling T,T.yeah, sometimes shame on myself...tapi aku sendiri tak pasti,baca balik atas ni macam sajak pulak dah. hahahaha.










Thursday 13 June 2013

Gambar berjuta


Assalammualaikum


Hai. Just nak meluahkan betapa aku tak faham dengan manusia-manusia facebook lagi-lagi perempuan yang tak habis-habis tayang gambar sendiri.Kadang-kadang takde kene mengena pun!!!

"morning everyone:)"
 - letak gambar besar gila.Jarak kamera dari muka 5 cm.

"walaupun banyak masalah hidup perlu diteruskan kan?"
- letak gamba dengan muke sedih.olololooo.comel leteww.

"korang,harini besday mama saya.happy sangat"
-letak lima gambar sendiri berbagai  gaya di edit jadi satu gambar.

"lenguhnya balik shopping"
-again, gambar sendiri tengah buat muka terkejut.macam biasa jarak kamera dari muka 5 cm.


  Kadang-kadang berdekah je aku tengok.Macam "so, ape kene mengena dengan status???".haha.memang aku remove je orang yang over letak beratus gambar dia sorang.Bukan ape.Menyemak je dekat home fb aku.


  Bukan tak boleh nak masuk gambar.Tapi berpade la khenn.Aku cuma terbayang je.Macamna lah perempuan-perempuan yang sebuk tayang muka dari kepala sampai kaki sambil punyalah ramai komen "cantiknya awak""ish, sejuk tengok muka.kawin nak?"" wah,indahnya ciptaan tuhan" ni one day ada famly then ada anak.Anak dia baca pastu eh,apekene mak aku ni.Biasanya komen-komen macam tadi datang mestilah dari yang berlainan gender kan.Ape kau rasa bila mak korang macamni?


  Okay lah,aku bukannya nak bash golongan ni.Cuma tak setuju je dengan cara dieorang menampilkan diri.Ada banyak lagi cara yang proper untuk korang kenalkan diri.And tak pernah setuju dengan perempuan yang letak gambar berjuta dalam internet.Bukan ape perempuan ni begitu beharga.Bukan untuk ditayang.heee.Buang gambar anda dari laman sosial sebelum terlambat dan disalah guna!!!.Pasal terlambat dan di salah guna nanti jelah cerita.Malas dah nak taip lagi.hahahahah.Peace..








Borak kosong


Assalammualaikum.


  Hai korang.Malam tadi aku bersungguh-sungguh brainstorm idea.Nak buat ape sebenarnya.Nak kerja tapi macam tak jadik je.Heish, sabo je mak nok. Dah penat-penat fikir aku cadang nak tulis novel lah.kihkih.Macam berdekah je dengar.Tapi belum cuba belum tahu kan. Nama heroin dah ada.Jalan cerita dah nampak sesikit.Tinggal malas dengan rajin je.

  Cerita pasal malas dengan rajin.Ni pun aku tak berapa faham.Kenapa kalau kat rumah malas gila.Kadang-kadang online 24 jam.Tak produktif betul hidup. sobsob.So, mulai malam tadi jugak aku dah mestikan diri aku buat checklist ape yang perlu buat esok.At least bermakne jugak la aku kat rumah nieh.hehe.


  Tahu tak kat Malaysia ni ade beberapa kategori panas:
  1. panas
  2. panas gila
  3. panas gila babi

  Sebenarnya aku jumpa kat twitter benda ni.Kelakarlah.Apa salah babi berkenaan.Aku tak berkenan betul babi ni disalahkan dalam banyak benda.Lagi-lagi yang suka mencarut guna binatang ni.Kasihan beliau. And alhamdulillah aku pun dah belajar kawal mulut nak mencarut-carut ni.kih3.

  Banyak benda aku nak tulis sebenarnya.Tapi nanti-nantilah.Saje je nak borak kosong.Oh ye.Kejap lagi nak ramadan.Dah habis pose ganti belum???







Wednesday 12 June 2013

i'm BACK!!!!!



Assalammualaikum. 


  Hai semua. Now i'm matric leaver. Living alone at home while others are not is kind of boring. Asyik buat rutin harian yang sama je. Sedih tau, sobsob. So, suddenly teringat yang aku sebenarnya ada blog terbengkalai. Kalau dulu aku buat blog ni lepas spm sebab bosan why not tak sambung lepas matrik sebab bosan jugak kan? haha XD.

  Jadi lepas tersedar,teringat,terimbas yang "eh aku ade blog ea???". Terus aku sign in blogger and read back my previous entry rase nak ketawa gila3. Aku bukan nak cakap entry lepas aku tu kelakar ke ape tapi macam eh, ni aku yang tulis??? biar betul *hentak kepala kat dinding*

   I will start blogging again, yeayyyy!!!







p/s:My previous entry was my life back after my spm. Now i already changed a lot. Err at least i felt that i have changed.=,='.. Just don't judge me by my past okay. So, yeah.