Saturday, 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul.

Assalammualaikum semua dan selamat pagi :)



Muhammad bin Abdullah merupakan bukti cinta yang tiadalah dapat ditandingi manusia manapun.Rasa kasih dan sayang baginda kepada umatnya begitu menebal sehinggakan waktu ajal baginda juga baginda tetap menyebut-nyebut umatnya tanda ingatan yang tidak pernah putus.



Tapi kita? Bila maulidur rasul baru nak cerita kisah nabi.Untung tahu hari lahir nabi.Untung dekat kalender islam ade sedia tercatat.Untung ada cuti sekolah sempena hari istimewa ni.Untung banyak program keagamaan yang dirancang.Kalau tak adakah kita masih sekurang-kurangnya tahu?Kalau sebut selawat nabipun belum tentu bersambut layake nak cakap cinta dan kasih kepada nabi?


Oh,malu sebab aku tak mampu membalas cinta nabi sebaiknya.Aku mengharap syafaat tapi solat pun lewat-lewat,selawatpun bila ingat.




Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara 
Gurindam Entertainment






Semoga kita saling ingat-mengingati sesama umat:) 
Semoga kita dapat menjadi umat yang boleh membalas walaupun sedikit cinta Allah dan Rasullullah:)
Semoga hidup kita sentiasa diredai Allah dan meletakkan nabi sebagai junjungan:)
Semoga kita semua baik-baik sahaja.Insyaallah:)




SALAM MAULIDUR RASUL

No comments:

Post a Comment