Saturday, 4 February 2012

Kalau kusut kepala pergilah iron dan jangan stress:D

Assalammualaikum,selamat malam.


Oh malam yang pening dan kusut.Stress pun iye jugak.Tapi aku tak paham ape yang berlaku sampai aku stress. Mungkin stress nak fikirkan sesuatu.wuwuwuw.Ape bende yang merepek ni.Mane iron??Nak gosok kepala biar tak berapa renyuk sikit.hehehe.


Aku tengah berusaha keras membasmi setiap jerawat yang bermaharajalela dan tumbuh merata di muka.Tapi bila terlihat satu artikel aku geram sebab stress boleh membawa banyak kesan kepada kulit.Aku memang lah tahu hakikat tu.Tapi tak sangka banyak weh.Antaranya:




1.Jerawat berkembang biak dengan gembira dan bahagia berikutan hormon-hormon stress dirembeskan dengan kuantiti agak banyak dan kemudiannya melahirkan zuriat jerawat comel yang merupakan anugerah yang tdak ternilai.hehehe.



2.Kulit menjadi kering angkara stress yang menyebabkan perjalanan darah anda tidak selancar kereta api. Sekejap deras sekejap perlahan.Kulit akan kelihatan kering dan pucat.


3.Kulit yang kering akan mengakibatkan kulit kusam.Tidak bermaya.Ohh sadiss tak gojes dan bercahayalah muka nantiT.T


4.Kulit semakin berminyak kerana stress menghasilkan peningkatan penghasilan hormon testosterone menyebabkan penghasilan minyak berlebihan pada kulit.



Okay, kalau muka pun berminyak maknanya pori-pori wajah senanglah tersumbat dan naik lah jerwat. Tengok!banyak tau punca jerawat.Sikit-sikit pusing sana pusing sini sume tumbuh jerawat.Cikgu PJ aku pernah kata kalau kita tahan berak pun jerawat senang tumbuh.Aku tak dapatla nak buat eksperimen sebab jerawat aku ade sepanjang mase hew3.Alhamdulillah sekarang tinggal sangat sikit dan harap-harap die boleh pergi tak kembali.hahaha.

nak bertukar kulit macam ni kan senang! tarik zip aje.hehe



Dan mestilah ade konklusi iaitu aku mahu mengelak stress bagi membina kulit yang flawless gitu.So, please warga sekitar kehidupan aku agar mengsupport usaha murni aku.Antara contoh ialah tidak membiarkan aku hidup dalam tanda-tanya seperti "eh kenapa kau ni tiba-tiba terasa, aku tak paham lah=,=.Could you explain more to avoid me from having stress? Stress melahirkan jerawat tahu?"hehehe:) Senyum tau jangan moody2 ta comel nanti.










more info??silakan ke sini dan sini.Aku pun tulis ni berdasarkan apa yang di baca di kedua link tersebut.

No comments:

Post a Comment