Showing posts with label doniya gila:). Show all posts
Showing posts with label doniya gila:). Show all posts

Monday, 20 February 2012

Mari-mari ke festival layang-layang antarabangsa....tahun depan!

Assalammualaikum, selamat berbahagia dan bergembira.


Lalalalalalalala- mood: senang hati.
Mood ini sangat berharga tau3.Oleh itu aku dan famly pun bersenang hatilah pergi ke pasir gudang sambil bernyanyi riang ria raya pada hari Sabtu lepas, konon-konon nak tengok layang-layang yang menari-nari di angkasaraya....apehal ayat pembuka sangat pelik dan menyampahkan ni.hehe.


Baiklah ceritanya kami semua melihat......credit to google.bukan gamba aku pun.








.....melihat banyak layang-layang yang cantik,comels dan rasa ingin memiliki.Tapi kenapa guna gambar google? Tak reti amik gambar sendiri ker?Ya inilah cerita yang sebenar baru nak bermula.


Kiteorang datang dalam pukul enam petang lah.Dan ape yang kami nampak adelah,jeng3.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


layang-layang rebah di tanah!!

Arghhhh.bencinye!Siap lipat gulung-gulung sebab dah habiss rupanya.Sampai  lima setengah petang je dieorang main layang-layang tu (makcik jual layang-layang bagitahu).Tersedih la juga sekejap tapi lepastu ade banyak gila gerai jual macam-macam terus tersedar dan perasaan ingin bershopping meresap ke dalam jiwa.
Huuu.Perasaan istimewa dalam diri setiap insan yang bergelar perempuan.ceh3.


Jadi kesudahannya adalah berjalan melawat gerai-gerai dengan gaya menteri-menteri melawat rakyat jelata.Sekian, terima kasih rakyat!









Oleh kerana festival ini tamat pada 20.2.2012 maka berdoalah untuk hidup lebih lama supaya dapat pergi tahun depan dan tengok layang-layang sebenar sedang terbang,bukannya dalam lipatan!


Monday, 30 January 2012

Pening.Gagal menganalisa pasaran dan ekonomi T.T

Assalammualaikum,selamat petang yang indah sambil minum teh.

Sungguh sedih rasa hati bila pagi tadi skrin handset bertukar gelap-gelita oleh itu tak dapat mesej dan buat miskol rambang kepada sesiapa saja wuwuwu.Mate rase basah sebab mengenang kematian handset,R.I.P.

Okay tu bukan cerita aku,

Walaupun handset aku yang sedia ada adalah pinjaman dia tetap menunjukkan tanda-tanda ajal yang semakin dekat.Handset sebenar sudah lame menghembuskan nafas.Syahdunye rasa.Simpan lagi weh henset lama sebab ade sentimental value yang sentimental.Ahh, terasa macam sakit mental plaks taip mental banyak-banyak hahaha.

Oleh itu aku telah meng-survay handset-handset yang ada di muka bumi ini dengan gigil sebab yang berkenan pun banyak yang mahal.Sungguh tak seswai dengan status bekerja tapi macam tak kerja haihh, geramnye.=,='


google

Baiklah aku nak yang ni, die baru lahir bulan Ogos tahun lepas dengan harga permulaan RM999.Orang pakai handset touch-touch aku pun nak kan haha.Dann pergilah ke kedai-kedai nak tengok-tengok harga sebab aku jangka dah turun la siket harganya.


Yes, padan muka sebab pekerja kedai tersebut menyatakan harga RM989.Cehh,baru turun sepuluh ringgit.Nampak sangat tak pandai nak buat jangkaan ekonomi.Kalau guna duit sendiri maknenye habislah segala simpanan aku nak kahwin nanti.Jadi nak keluar duit sendiri separuh lagi separuh mintak subsidi ibu bapa.Hahahahaha gelak keji dan pening.Pening sebab pening nak keluar duit beli handset.Ade tak orang lain nak bagi subsidi juga?Bolahlah email aku dengan kadar terpaling segera okey.


Masih pening nak beli ke tak? T.T






Wednesday, 25 January 2012

Terbukti otak mampu menjadi berkarat-karat!!!

Assalammualaikum,selamat malam.


Ceritanya adik aku mintak ajar math.So, ajar jelah mane yang mampukan?? Matematik form 3 rasenye ada lagi dalam kepala.Matematik dalam bab polygon.Aku paling suke bab ni sebab ade banyak bentuk.Entahlah dalam banyak-banyak math yang ni boleh tersuka hahaha.Mungkin die ade sudut kut.Ape kene-mengena??.


Soalan nombor enam bertanye....okay die ade mulut di buku teks.Die tanye pasal bentuk pentagon.Pentagon kan lima bucu.Aku pun mula melakar.Serius confident and maybe over confident.T.T

for sure this is not a pentagon jangan jadi otak berkarat macam aku =,='



Okay,padan muka sebab adik aku gelak gila-gila.Tak boleh jadi ni.Aku taknak otak aku berkarat makin tebal.And pleaseeeeee...dont be too over confident.Sah makin nyanyuk hahaha.


Ish,,dijauhkanla jadi macamni lagi.Arghh,kene buat sesuatu!





Friday, 20 January 2012

Sakit sendi pinggang.(adakah pinggang juga sejenis sendi??)

Assalammualaikum,selamat malam.


Malam ini tangan aku sungguh tidak mesra mesin jahit.Semua pancaindera rasa tak serasi dengan mesin SINGER tu.Ingatkan nak siapkan purse yang kawan tempah tapi fikir3 aku dah janji dengan sepupu aku nak buatkan die for free dan minggu depan nak ke rumah die so, baik aku dahulukan die kan??


Tapi aku sekarang dah sakit pinggang.Semua kurang menjadi.Kalau dah kurang of cozz la rase tak puas hati.Aku boleh buat lagi bagus so, to my sepupu please accept my game request at Facebook apology and next time la benda tu ade di tanganmu huhuhu.Tak kan aku nak bagi benda yang aku sendiri tak puas hatikan???Sungguh tidak cool dan kalau kauorang di tempat aku tapi teruskan niat menghadiahkan orang sumthing yang worse aku cadangkan kau terjun bangunan hahaha.


Oh,dan di last-last minute baru aku tahu punca masalah.Aku serius tension kerana baru tersedar bahawa telah menggunakan  BENANG RAPUH!! tension tu bertambah sebab aku terase lembab dan sengal.Ya, sama sengal dengan pinggang aku sekarang.=,='

Wednesday, 18 January 2012

Salah siapa.

Assalammualaikum,selamat malam.


Adakah aku tersentap hari ini??

Adik lelaki form 3 aku telah dengan yakin berkata "oh, kakak ku yang comel lagi cun serta baik hati aku akan kalahkan kau time PMR nanti.Setakat bahasa arab small the matter lah". (okay, ade sedikit hiperbola dalam dialog di atas bagi tambahan perisa dan MSG hehe)



Bercakap mengenai perasaan??

Kenapa tidak aku doakan yang terbaik untuk engkau??? Kalau boleh orang sekeliling aku,aku nak lihat dieorang berjaya,hepi,kalau tak dalam exam pun berjaya with their on way lah kan.Why not!(cis terspeaking pulaks,emo leteww)




Persolan??

Situasi 1: Adakah aku akan rase down bila dia ditakdirkan dapat 9A untuk PMR???Of coz la bukan sekadar takdir mestilah usaha,tawakal,berdoa etc,etc. Lepastu bertambah lara kalau result exam SPM aku hampas errr,teruk la na cakap pun tak tahu.

Situasi 2: Adakah aku akan berlagak dan tak berape kisah pasal dia sebab result aku hoyehhh,gempak gilalah! (walaupun kedengaran mustahil keh3)

Sittuasi 3: erghh.no idea



Konklusi:

Tak perlu iri hati dengan kejayaan orang.Macamne lah nak maju.Baru orang lain buat lebih sikit mula la dengki hantar black magic jadah.Fitnah macam-macam.Tabur pasir dekat periuk nasik orang arghh ni emo betul tau.Nampak tak sangat tibe-tibe aku teremo.Ape ni?? Ape pun tak boleh hahahahaha.Memang takde kena-mengena tiba-tiba je ni huhu :).



Apa perlu anda buat??

nantilalah aku sambung esok,sekarang ngantokss.jam bilik menunjukkan pukul 4 setengah pagi.jam di henpon pulak tertera pukul satu suku pagi.oh sudah lewat.tapi takdek la lewat sangat.hew hew hew.


***UPDATE***

ohh,owner belog malas nak sambung entry sebabb die sengal.haha.adakah patut tukar tajuk entry ini jadi "entri yang tergantung"?? bolehla anda pikir-pikirkan sambil berasa sengal jugak.kah3.

Monday, 9 January 2012

Kursus KPP:)

Assalammualaikum,selamat malam.

Tarikh itu,si kambing beratur menurut perintah.Tengok keliling dan ternampak sesuatu "anda digalakkan memakai baju kebaya blablabla, berpakaian sopan,berkasut blablabla" ohh sungguh bosan, tak boleh ke letak TV sebijik,huh!.

Berlenggang seorang pakcik,kepala botak perut ke depan.Hisap hembus hisap hembus puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, pijak, blah.Arghhhhhhhhhhhh,meruntuhkan imej manusia sebangsa.Tak kenal tong sampah ker,orang kata tak kenal maka tak cinta.Tak malu betul,tak educated langsung,gagal pendidikan sivik huh, nasib baik bukan bapak aku.Yes,bapak kambing mane isap rokok buang merata,paling-paling pergi meragut.Ade class wooo,bermesre dengan alam hehe.

Blablabla ceramah panjang,seronok juga.Tapi kadang-kadang tak faham sesetengah lawak?? Memang kambing ada masalah emosi, kesian.Bila rehat tak ramai manusia masuk surau, bersangka baik mereka uzur.Nasib baik gwa kambing,tapi gwa solat juge,gwa pun hamba.

gwa lukis ni bukan sebab bosan tapi mase rehat ade sorang boy yang tidur then dia  berdengkur kuat gila!!!hahaha.berdekah je gwa rasa.




Apa yang paling gwa ingat "dua tangan yang bertepuk tidak akan bebunyi kalau kedua-duanya saling mengelak".Adakah anda bijak bestari??Relatekan sendiri analogi tersebut dengan kereta dan kemalangan.Gwa kambing pun tahu laaa.

Penceramah tersebut kata beliau tidak akan mati kerana kemalangan kerana beliau mahir.Gwa pun rasa begitu.Tapi gwa ternampak dia hisap rokok sebelum ceramah.Mungkin dia akan meninggal akibat barah paru-paru! Sungguh hanya Allah saja yang tahu kita ini akhirnya apa.Oh,nasib baik gwa tak nampak dia buang puntung rokok tu kat mana haha.


Then, gwa balik bapak gwa ajak meragut.Gwa follow aje.Dah jadi darah daging beb!.





#kambing mane ni wuwuwuwT,T

Tuesday, 3 January 2012

Bila dan bila.Ohhh, terasa tua dan jakun.

Assalammualaikum,selamat malam.

Hahaha,bila yang makcik aku dah pangil akak.Maka jelaslah perlu segera membeli SK-II,tetapi membelek harga yang agak tak  belum mampu maka pakai Syurah saje pun okay juge.

oh,silalah observe harganya di pasaraya berdekatan dan budak baru lepas SPM  macam aku hanya boleh memandang, T,T

yang ini pun bolehhh.
Bile nerves mintak kerja sampai tak tanya gaji berape rase macam entah ape-ape.Dapat kerja sambilan pegi interview sendri jalan kaki sorang-sorang terase diri ini sangat macho dan cool.Ehem.Memang susah jadik budak ini har har har.Bolehlahh buat hilang-hilang bosan.

terase cool =,='.yeahh!!!
Mula start esok.Ahh,memang berdoa esok semua budak kecil menjadi baik dan comel-comel saje tanpa banyak songeh.Aku pernah kene tampar dengan budak kecik di tempat aku bakal bekerja sebab aku pun pernah duduk situ dulu.Dulu-dulu la, zaman dinasour.












okay.aku menjadi pembantu taska mulai esok:)



Monday, 2 January 2012

Jantung terasa nak pecah!

Assalammualaikum,selamat malam.


Wahh,serius tak sangka esok aku bakal di interview.Arghhhh,pengalaman pertama dalam hidup.Aku kena kuatkan diri sendiri.SEMANGAT!.Dalam hati aku ni bergaul macam-macam perasaan contohnya:

1.Apa yang akan mereka soal?
2.Macamane kalau diorang tanye skill ape yang aku ade.Ape aku nak jawab?
3.Berapalah gaji aku nanti!.haha
4.Apa presepsi diorang bile terlihat aku yang comel ni pergi interview.Pening-pening.
5.Aku nak pakai baju ape esok??

Dan banyak lagilah persoalan.Opkozz lah aku nerves macam gile.Alamatnye tak boleh tidur la aku malam ni!=,='




#Kawan-kawan doakan aku berjaya dapatkan kerja separuh hari, esok pagi interview pukul sembilan.Kalau rajen bolehlah bace Yasin untuk aku sekali.





Korang rase aku kerja ape??hehe^-^

Thursday, 29 December 2011

Terselamat daripada muflis.Realiti dunia yang tidak mengenal simpati.

Assalammualaikum,selamat malam.

Argghhhhhhh!!! perasaan ini,adakah anda semua mengerti?;(

Dalam hati memang sakan la aku menyumpah.Bila aku nak muflis semua menjauh dari aku.Hilang family,kawan-kawan dan lagi duittttt yer opkoz lah name pun muflis kau ingat ape?? Memang lonely gila.Pehh sabo je lah. Sabarkan separuh daripada iman:).

kalau comel-comel begini tapi sedih memanjang apa gunanya?



Sedih memang sedih.Tapi semua itu telah berakhir tadi.Yes, TADI.Berkat bace yasin di malam jumaat  jodoh aku dipermudah untuk bertemu balik purse yang  berminggu-minggu hilang.Sekarang tak la sedih lagi sebab bile keluar jalan, tak dapat beli apa-apa, intai  dari jarak dekat .Intai ke tu? Kalau kasut siap cuba-cuba lagi.Oh, haritu sebelum jumpa purse jumpa sepasang kasut pink yang comel sangat, sadisnye wuwuwuw:(.

Paling best semua ahli keluarga dan kawan-kawan tersayang punya gambar dapat kutemu.Taklah aku rasa lonely lagi.Bila aku rindu aku tatap macam tak ada hari esok hahahaha XD.Duit tak seberapa dan kad bank Islam tak hilang.Kad ahli Healthymore pun masih berkilat.Hah, tak tahu Healthymoore tu ape? Ala kedai lebih kurang macam Watson tu.Ade dekat BP Mall sebelah kedai jual cd.Aku pernah masuk dan kalau nak carik cerita Wonderpet pun boleh jumpa kalau cerita blue aku tak tahu dan aku tak hingen nak cari.Depan kedai roti Pasifik.(promote ni.nak jadi ahli free dan time aku jadi ahli boleh beli panty liner dengan harga RM1.00.mane nak dapat??)

YES!!!!!!! aku tak akan muflis.Hidup berjalan seperti biasa haha.Gembiranyaaa.

Ya Allah,terima kasih.Aku bersyukur.


jangan tanye aku jumppa purse aku kat mana.aku memang pelupa.=,='