Saturday, 14 April 2012

Review:Battleship

Assalammualaikum.

Okay, dua hari lepas sebenarnye aku pergi wayang sekampung konon melepas rindu nak jumpa kawan-kawan time sekolah dulu.Haha,serius dulu sebab tahun lepas.Dah dua hari baru nak cerita kan? Takpe belog ini memang selalu memaparkan berita basi.Kihkihkih.


dah tengok?

Meh aku bagi sinopsis ikut sedap mulut aku:

Hero die asalnye tak boleh diharap,kira tak berguna lah.Abang die gile sakit hati kat die so pakse si hero  masuk tentera. Negara dia ni ada sekumpulan saintis dok hantar isyarat dekat planet yang berkemungkinan ada persamaan dengan bumi.Tanpa disangka ada pulak hidupan iaitu alien.Alien datang secara berjemaah,lalu tercetus la perang.Alat komunikasi si alien ni pulak rosak jadi dieorang cuba nak guna teknologi bumi supaya dapat berhubung balik.Tapi dapat dipatahkan oleh si heroin and the gang.

Mase perang abangnye hero mati sobsobsob,sedih tau.So,hero menjadi ketua bergabung dengan sorang lagi ketua dari china dan akhirnya berjaya kalahkan alien.yeyyyy.Eh, baru perasan aku tak cerita pasal hero,heroin dan bapaknye. Takpe,korang boleh pergi tengok sendiri.



Hahahaha.Bodoh gila sinopsis aku.Takpelah takde markah pun kan.Hehe


suke raihana dalam filem ni tapi kenape cik kak ni punye dialog sikit sangat???why?why?why?


Cerita ni best sangat tau.Tak rugi tengok dekat pawagam sebab kesan khas die memang seronok.Sampai rasa sayang la terlepas aksi perang dia.Tapi masa aku tengok cerita ni ade dua orang minah mane tah asyik bangun pergi tandas.Apehal diorang ni.Nasib baik la aku tak bizi bodi pergi tanye memacam.Hehe,sekarang pun dah terase macam mak joyah bizi body.hohohohoh.Apa-apa pun memang berbaloilah doblas hengget aku.


Kekurangan filem:

Cerita ni lame wehh.Dalam dekat empat jam.Dah la sejuk gila dalam wayang.Menyesal aku tak pakai snow cap.kahkahkah.Permulaan cerita agak lambat.Boleh je sebenarnya skip sikit.Orang still faham la hero dan heroin tu saling jatuh cinta,alahaaaii.

Lagi part permulaan ade babak keblue an kat situ.Aku pelik kenape lembaga penapisan filem tak potong babak tu.Malu la weh,cerita macam ini kan ramai budak suka tengok.Saje ke tutup sebelah mata padahal kalau potong babak tersebut takde rosak pun filem tu?Memang tak sesuai betul dengan budaya ketimuran kite.Nilah salah satu sebab kenape abang hidung belang tak tahan nak merogol orang.Memang sekejap je babak itu tapi sekejap yang tulah buat encik perogol nak merogol bersepah-sepah.kahkahkah.

Ke aku yang tak tahu tak boleh maen potong-potong filem ni??










#ade orang suruh aku buat review filem ini sebenarnya.Terus terasa artis,harharhar.



1 comment:

  1. keh3..makckk..sala tulis la mak cik..
    dari jeponn la mak cikk..keh3.
    ngegegegeg~~ :)
    awkkk..comel la . :)

    ReplyDelete