Tuesday, 31 January 2012

THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY

Assalmmualaikum,selamat petang yang hujan,hehe time hujan kene banyak berdoa kerana berdoa waktu ini merupakan salah satu masa terbaik dan afdal untuk doa dimakbulkan.


Baiklah aku berdoa supaya menang G A ini.hehe.Semogalah..

hadiah best woo.dan tarikh tutup hari ini.cepat3 jum join laju3 macam aku juga :)

Baiklah sementara aku adelah blogger baru jadi aku tag semua yang sedang membaca samada sedar atau di bawah sedar.Kalau dah terlepas tarikh tutup pun mesti tengok-tengok backlink yang aku bagi supaya boleh menyesal sebab tak dapat join hahahahaha.

GA BEST BAMYUYU


ini baru update:
tiba-tiba terbagitahu akak onitsukahana tetang GA ni.
jadi kira-kira saya tag beliau lahh.
harap-harap akak tu sempat join hehe






Monday, 30 January 2012

Pening.Gagal menganalisa pasaran dan ekonomi T.T

Assalammualaikum,selamat petang yang indah sambil minum teh.

Sungguh sedih rasa hati bila pagi tadi skrin handset bertukar gelap-gelita oleh itu tak dapat mesej dan buat miskol rambang kepada sesiapa saja wuwuwu.Mate rase basah sebab mengenang kematian handset,R.I.P.

Okay tu bukan cerita aku,

Walaupun handset aku yang sedia ada adalah pinjaman dia tetap menunjukkan tanda-tanda ajal yang semakin dekat.Handset sebenar sudah lame menghembuskan nafas.Syahdunye rasa.Simpan lagi weh henset lama sebab ade sentimental value yang sentimental.Ahh, terasa macam sakit mental plaks taip mental banyak-banyak hahaha.

Oleh itu aku telah meng-survay handset-handset yang ada di muka bumi ini dengan gigil sebab yang berkenan pun banyak yang mahal.Sungguh tak seswai dengan status bekerja tapi macam tak kerja haihh, geramnye.=,='


google

Baiklah aku nak yang ni, die baru lahir bulan Ogos tahun lepas dengan harga permulaan RM999.Orang pakai handset touch-touch aku pun nak kan haha.Dann pergilah ke kedai-kedai nak tengok-tengok harga sebab aku jangka dah turun la siket harganya.


Yes, padan muka sebab pekerja kedai tersebut menyatakan harga RM989.Cehh,baru turun sepuluh ringgit.Nampak sangat tak pandai nak buat jangkaan ekonomi.Kalau guna duit sendiri maknenye habislah segala simpanan aku nak kahwin nanti.Jadi nak keluar duit sendiri separuh lagi separuh mintak subsidi ibu bapa.Hahahahaha gelak keji dan pening.Pening sebab pening nak keluar duit beli handset.Ade tak orang lain nak bagi subsidi juga?Bolahlah email aku dengan kadar terpaling segera okey.


Masih pening nak beli ke tak? T.T






Thursday, 26 January 2012

Aku nak bagitahu kau sesuatu..(L)

Assalammualaikum,selamat malam.


Apelah nasib kene kerahan tenaga.Sengaja lah suruh aku cutting seluar dia bagi slim sikit.Nasib baik aku baik sentiasa.Ish3 kalau tak kau buat sendiri alamatnye dari seluar boleh masuk kaki mungkin lepastu boleh masuk chopstik je hahaha.

Aku nak bagitahu kau sesuatu...


Entry ini sangat membantu kau faham dengan mudah.Ringkas,padat dan tepat.Sila ke BELOG BEST.

Wednesday, 25 January 2012

Terbukti otak mampu menjadi berkarat-karat!!!

Assalammualaikum,selamat malam.


Ceritanya adik aku mintak ajar math.So, ajar jelah mane yang mampukan?? Matematik form 3 rasenye ada lagi dalam kepala.Matematik dalam bab polygon.Aku paling suke bab ni sebab ade banyak bentuk.Entahlah dalam banyak-banyak math yang ni boleh tersuka hahaha.Mungkin die ade sudut kut.Ape kene-mengena??.


Soalan nombor enam bertanye....okay die ade mulut di buku teks.Die tanye pasal bentuk pentagon.Pentagon kan lima bucu.Aku pun mula melakar.Serius confident and maybe over confident.T.T

for sure this is not a pentagon jangan jadi otak berkarat macam aku =,='



Okay,padan muka sebab adik aku gelak gila-gila.Tak boleh jadi ni.Aku taknak otak aku berkarat makin tebal.And pleaseeeeee...dont be too over confident.Sah makin nyanyuk hahaha.


Ish,,dijauhkanla jadi macamni lagi.Arghh,kene buat sesuatu!





Friday, 20 January 2012

Sakit sendi pinggang.(adakah pinggang juga sejenis sendi??)

Assalammualaikum,selamat malam.


Malam ini tangan aku sungguh tidak mesra mesin jahit.Semua pancaindera rasa tak serasi dengan mesin SINGER tu.Ingatkan nak siapkan purse yang kawan tempah tapi fikir3 aku dah janji dengan sepupu aku nak buatkan die for free dan minggu depan nak ke rumah die so, baik aku dahulukan die kan??


Tapi aku sekarang dah sakit pinggang.Semua kurang menjadi.Kalau dah kurang of cozz la rase tak puas hati.Aku boleh buat lagi bagus so, to my sepupu please accept my game request at Facebook apology and next time la benda tu ade di tanganmu huhuhu.Tak kan aku nak bagi benda yang aku sendiri tak puas hatikan???Sungguh tidak cool dan kalau kauorang di tempat aku tapi teruskan niat menghadiahkan orang sumthing yang worse aku cadangkan kau terjun bangunan hahaha.


Oh,dan di last-last minute baru aku tahu punca masalah.Aku serius tension kerana baru tersedar bahawa telah menggunakan  BENANG RAPUH!! tension tu bertambah sebab aku terase lembab dan sengal.Ya, sama sengal dengan pinggang aku sekarang.=,='

Thursday, 19 January 2012

First Giveaway by Onitsukahana

Assalammualaikum,selamat malam.

Yeayyy,jum kita join giveawy lagik!!


jumlahh join. blog ini sangat hijuu tau,hehe.onitsukahana seriuss hijauu.



suka sangat kaler merah jambu!!



Dah lame sangat tak pakai tudung bawal.Jadi tyme nak amik result SPM nanti teringin nak pakai tudung macam hadiah GA nie.Sangat cantikk + jambu = comel >,< hehe.


Cehh,,dah fikir nak pakai tudung ape.Result macamane tu taknak fikir kew???

Wednesday, 18 January 2012

Blitz Give Away 2012

eh,eh,eh..

tadi kata macam nak tidur kan kau?? hehe tak salah la nak update lagi sebab aku nak update pasal GIVEAWAY!!! sila buat muka eksited pleaseee.Dan macam biaselahh syarat-syaratnya mudah dan menyenangkan aku nak join hehe.


jum awak join sekali.mane tahu awak yang menang bolehla kite share kan??*tiba-tiba jadi baik kalau nak share.lumrah.hehe*
dekat sini,SINILAH!!



Okay dah selesai.Eh,dah sudah lahh.Maka tunggu saje resultnye nanti hehe.


Salah siapa.

Assalammualaikum,selamat malam.


Adakah aku tersentap hari ini??

Adik lelaki form 3 aku telah dengan yakin berkata "oh, kakak ku yang comel lagi cun serta baik hati aku akan kalahkan kau time PMR nanti.Setakat bahasa arab small the matter lah". (okay, ade sedikit hiperbola dalam dialog di atas bagi tambahan perisa dan MSG hehe)



Bercakap mengenai perasaan??

Kenapa tidak aku doakan yang terbaik untuk engkau??? Kalau boleh orang sekeliling aku,aku nak lihat dieorang berjaya,hepi,kalau tak dalam exam pun berjaya with their on way lah kan.Why not!(cis terspeaking pulaks,emo leteww)




Persolan??

Situasi 1: Adakah aku akan rase down bila dia ditakdirkan dapat 9A untuk PMR???Of coz la bukan sekadar takdir mestilah usaha,tawakal,berdoa etc,etc. Lepastu bertambah lara kalau result exam SPM aku hampas errr,teruk la na cakap pun tak tahu.

Situasi 2: Adakah aku akan berlagak dan tak berape kisah pasal dia sebab result aku hoyehhh,gempak gilalah! (walaupun kedengaran mustahil keh3)

Sittuasi 3: erghh.no idea



Konklusi:

Tak perlu iri hati dengan kejayaan orang.Macamne lah nak maju.Baru orang lain buat lebih sikit mula la dengki hantar black magic jadah.Fitnah macam-macam.Tabur pasir dekat periuk nasik orang arghh ni emo betul tau.Nampak tak sangat tibe-tibe aku teremo.Ape ni?? Ape pun tak boleh hahahahaha.Memang takde kena-mengena tiba-tiba je ni huhu :).



Apa perlu anda buat??

nantilalah aku sambung esok,sekarang ngantokss.jam bilik menunjukkan pukul 4 setengah pagi.jam di henpon pulak tertera pukul satu suku pagi.oh sudah lewat.tapi takdek la lewat sangat.hew hew hew.


***UPDATE***

ohh,owner belog malas nak sambung entry sebabb die sengal.haha.adakah patut tukar tajuk entry ini jadi "entri yang tergantung"?? bolehla anda pikir-pikirkan sambil berasa sengal jugak.kah3.

Tuesday, 17 January 2012

Dah lama,,

Assalammualaikum,selamat malam.

Memang hari ni aku buat kerja-kerja yang dah lama gilaaaaa aku tak lakukan.
Ohhh,serius rasa tercabar! err,,tercabar la untuk aku.kau aku tak tahu hehe.



#Dah lama aku tak mandikan budak/baby.

#Dah lama aku tak bedakkan,sapu minyak rambut pade budak/baby.

#Dah lama aku tak pakaikan pampers, baju pada budak/baby.

#Dah lama aku tak dukung budak/baby sampai nak tercabut lengan.

#Dah lama aku tak kemas mainan budak/baby sejak adik-adik aku dah besauu gajah ni.

#Dah lama tak bagi budak minum milo dalam botol susu.



Tapiiii bende lagi lame aku tak buat ialah:


#Dah lama aku tak BASUH BERAK budak.Serius lama gila.Kau tahu aku basuh gaya ibu-ibu okay.Semua aku pegang ,arghhhh!!.Bukan guna kaki, jadi sesiape nak meminang aku, bolehla aku letak duit hantaran puluh-puluh ribu!!!kah3.





Ahh,,alah bisa tegal biasa huhu ^-^.

Sunday, 15 January 2012

Berkenal-kenal:)

Assalammualaikum,selamat malam.

Heee,kata orang kalau tak kenal maka tak cinta bukan??
Maka jom lah kita berkenalan dengan.........

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
ehem,dengan ini!


hai,nama saya BUAH PELAGA


hai,nama saya BUNGA LAWANG

hai,nama saya BUNGA CENGKIH



hai,nama saya KAYU MANIS


hai,nama saya JINTAN MANIS


hai,nama saya KETUMBAR


Inilah antara rempah ratus yang mampu membuat masakan anda atau mak anda atau mak-mak anda (cehh,,mesti bapak kau kawin banyak ni.dah tahu dah.) menjadi harum semerbak.Dari tingkat dua boleh bau aroma masakan yang boleh la buat anda rase laparrr gile.

Arghhhhhhhhhhhhh!!!! tujuan entry ni aku buat sebab aku taknak ade budak comel sebaya aku ce belajar-belajar merajin pergi dapur,nak masak,tengok resepi and wondering ape jadah la rempah ratus yang kau cakap ni.Memang selalu dengar tapi tak conform yang mane satu,last-last fed up terus blah tanak masak.Lepas tu orang datang merisik sekali punye risik tak tahu masak.Ahh, malangnye terus tak berkenan dan kalau berkenan pun hantaran pun down la sikit.Ciss,sadis kan??

Jadi sila-silalah gadis comel yang hidup di zaman fast food ini jangan bila nak masak jadi macam seseorang tu yang meng-google sebab tak tahu ape name rempah-rempah di dapur tu T.T


Wednesday, 11 January 2012

Giveaway Wang Kertas Baharu @Sharinginfoz


Assalammualaikum,selamat malam@awal pagi.hehe

Aku pun kurang pasti sindrom ape yang melanda sekarang ni, tapi kalau ade giveaway je mesti macam gile nak join hahaha XD.





syarat-syaratnye sangat mudah dan anda-anda pun jum la join juge.promote ni,nanti ade orang kate join ga tak ajak pule hahaha.di sini okay,SHARING IS POWER





Oh kena pula mencipta slogan,lame tak asah bakat ni hehe.

"Saya mahu wang kertas baharu kerana, saya sukakan baunya dan tahu kamu juga begitu :)"




SHARING IS POWER
insyaallah.tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu.
sharing is caring,caring is loving,love make power.so,sharing start every power.
*bodek ni,terima tak??haha*



Monday, 9 January 2012

Kursus KPP:)

Assalammualaikum,selamat malam.

Tarikh itu,si kambing beratur menurut perintah.Tengok keliling dan ternampak sesuatu "anda digalakkan memakai baju kebaya blablabla, berpakaian sopan,berkasut blablabla" ohh sungguh bosan, tak boleh ke letak TV sebijik,huh!.

Berlenggang seorang pakcik,kepala botak perut ke depan.Hisap hembus hisap hembus puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, pijak, blah.Arghhhhhhhhhhhh,meruntuhkan imej manusia sebangsa.Tak kenal tong sampah ker,orang kata tak kenal maka tak cinta.Tak malu betul,tak educated langsung,gagal pendidikan sivik huh, nasib baik bukan bapak aku.Yes,bapak kambing mane isap rokok buang merata,paling-paling pergi meragut.Ade class wooo,bermesre dengan alam hehe.

Blablabla ceramah panjang,seronok juga.Tapi kadang-kadang tak faham sesetengah lawak?? Memang kambing ada masalah emosi, kesian.Bila rehat tak ramai manusia masuk surau, bersangka baik mereka uzur.Nasib baik gwa kambing,tapi gwa solat juge,gwa pun hamba.

gwa lukis ni bukan sebab bosan tapi mase rehat ade sorang boy yang tidur then dia  berdengkur kuat gila!!!hahaha.berdekah je gwa rasa.




Apa yang paling gwa ingat "dua tangan yang bertepuk tidak akan bebunyi kalau kedua-duanya saling mengelak".Adakah anda bijak bestari??Relatekan sendiri analogi tersebut dengan kereta dan kemalangan.Gwa kambing pun tahu laaa.

Penceramah tersebut kata beliau tidak akan mati kerana kemalangan kerana beliau mahir.Gwa pun rasa begitu.Tapi gwa ternampak dia hisap rokok sebelum ceramah.Mungkin dia akan meninggal akibat barah paru-paru! Sungguh hanya Allah saja yang tahu kita ini akhirnya apa.Oh,nasib baik gwa tak nampak dia buang puntung rokok tu kat mana haha.


Then, gwa balik bapak gwa ajak meragut.Gwa follow aje.Dah jadi darah daging beb!.





#kambing mane ni wuwuwuwT,T

Berlagak sekejap.

Assalmmualaikum,selamat malam.

What should I say about this???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

an achievement???
berlagak.kah3

berlagak ganda dua!!


Oh, itu ayam masak merah.Maklumlah dulu duduk asrama malas nak masak.Sekarang dah tua takut takde orang meminang kenelah berajin-rajin.Tapi rasenye berbakat juge, alhamdulillah takde yang sakit perut hehe.Bolehla berhenti kerja taska carik keje kedai makan kan?? bukan nak cakap berlagak la tapi memang sedap. Okey menyampah kah3.


#ketawa berlagak memang kene kah3.kahkahkahkahkahXD

Saturday, 7 January 2012

2nd Anniversary Giveaway by DAS

Assalammualaikum,selamat malam.

Hari ini nak join satu giveaway yang syarat-syaratnya senang gila.Tak la serabut kepala lagi-lagi budak baru first time macam aku ni.Kalau ade rezeki tak ke mana kan??


Happy Birthday!!
well,aku memang suka blogwalking sampai lenguh lutut.cuma  jejaknya tiada:)

dewi's artwork station


Friday, 6 January 2012

Tak percaya XD

Assalammualaikum,selamat malam.


"Cikgu-cikgu die kan.....(bla bla bla)."



Macam ade something wrong somewhere kann??
Tiba-tiba aku terfikir sesuatu.Adakah mereka ,melihat aku seperti ini??

okey,sungguh add math.tak boleh blah.haha.
cikgu yang ajar add math mesti hot kan??same goes with me at SMKSG with teacher Norhayati Minhat:)


atau ini??

aku tak garangg okey.rasenyelahh.=,='
Hakikatnya aku jage kau orang je la budak-budak comel.Panggil kakak baru buat aku terase muda:).Lagi korang buat perangai baik-baik saje okay and pleaseeee jangan berak selalu-selalu sangat hehe.

Tuesday, 3 January 2012

Bila dan bila.Ohhh, terasa tua dan jakun.

Assalammualaikum,selamat malam.

Hahaha,bila yang makcik aku dah pangil akak.Maka jelaslah perlu segera membeli SK-II,tetapi membelek harga yang agak tak  belum mampu maka pakai Syurah saje pun okay juge.

oh,silalah observe harganya di pasaraya berdekatan dan budak baru lepas SPM  macam aku hanya boleh memandang, T,T

yang ini pun bolehhh.
Bile nerves mintak kerja sampai tak tanya gaji berape rase macam entah ape-ape.Dapat kerja sambilan pegi interview sendri jalan kaki sorang-sorang terase diri ini sangat macho dan cool.Ehem.Memang susah jadik budak ini har har har.Bolehlahh buat hilang-hilang bosan.

terase cool =,='.yeahh!!!
Mula start esok.Ahh,memang berdoa esok semua budak kecil menjadi baik dan comel-comel saje tanpa banyak songeh.Aku pernah kene tampar dengan budak kecik di tempat aku bakal bekerja sebab aku pun pernah duduk situ dulu.Dulu-dulu la, zaman dinasour.












okay.aku menjadi pembantu taska mulai esok:)



Monday, 2 January 2012

Jantung terasa nak pecah!

Assalammualaikum,selamat malam.


Wahh,serius tak sangka esok aku bakal di interview.Arghhhh,pengalaman pertama dalam hidup.Aku kena kuatkan diri sendiri.SEMANGAT!.Dalam hati aku ni bergaul macam-macam perasaan contohnya:

1.Apa yang akan mereka soal?
2.Macamane kalau diorang tanye skill ape yang aku ade.Ape aku nak jawab?
3.Berapalah gaji aku nanti!.haha
4.Apa presepsi diorang bile terlihat aku yang comel ni pergi interview.Pening-pening.
5.Aku nak pakai baju ape esok??

Dan banyak lagilah persoalan.Opkozz lah aku nerves macam gile.Alamatnye tak boleh tidur la aku malam ni!=,='




#Kawan-kawan doakan aku berjaya dapatkan kerja separuh hari, esok pagi interview pukul sembilan.Kalau rajen bolehlah bace Yasin untuk aku sekali.





Korang rase aku kerja ape??hehe^-^

Do It Yourself.

Assalammualaikum,selamat petang dan rasenye tak terlambat untuk ucap selamat tahun baru!

Kasihan kan budak ni.Dah la mengangur,tak dapat PLKN pulak tu,cehh,padahal dalam hati time check terpilih ke tak tu punya lah berdoa siap hembus-hembus dengan harapan taknak pergi PLKN haha.=,='.

Selamat menjadi wira dan wirawati negara ye kawan-kawan.Ingatkan nak pergi bustand tadi nak babai-babai korang tapi, bile terkenang takde transport dan takut orang tu pakse masuk jugak bas PLKN tu dan pergi khidmat negara jadi hasrat murni tu aku batalkan je haha alasan.

Jadi banyak la mase terluang yang tidak sepatutnye terhabis sia-sia.So, adelah satu hari kepala aku terlintas buat satu bende ni.Kire DIY lah yer.Padahal rasenye baru satu hari tu je aku buat bende berguna siket haha.Aduh sekali bila siap terase berguna pulak diri sendiri.Ingatkan nak buat banyak lagi tapi material asas dia belum beli hehe.Terpaksalah tangguh juga, alasan lagi!haha.


Ini lah! my first DIY purse.Boleh ambil tempahan tak kalau macamni??haha
Berapa lama entah aku dok ngusung benda ni kehulu kehilir sebab rasa macam cantik sangat haha.Belagak gile dapat siapkan.Oh, patut cepat-cepat istifar sebab takut riak.Riak kan termasuk dalam syirik khafi(kecil).






#Minta anda-anda tolong doakan aku dapat carik keje separuh hari kah3,ade ke??