Sunday, 25 August 2013

Tajuk ni nak letak ape?


Assalammualaikum.


Coz i have very limited ideas on what will i learn for the course of my degree, i just read this :)


Ok leh la gelak.ai baca ensikopedia bergambar je.haha



Sebenarnya sekarang aku tengah survey laptop.Tak payah mahal-mahal.Cukup untuk keperluan masa study ni.Bak kata one of my senior, tak payah laptop nak mahal, canggih, and everything, yang penting assignment kita tu berkualiti.Kata nak first class degree kan.. kalau setakat kopi paste takpayah berangan laa..Uhuu, lap peluh.Harap-harap tak TERbuat lah nanti.Kih3.


Citer pasal assignment nih tetiba teringat satu web untuk buat slides yang cool.Ala untuk presentation tu.Ni pun ade senior yang suggest.So jeng3...(hover je lebih)..Ah malas la nak attach pape.Sape berminat korang pergi jela ea dekat prezi.com.Series tak mengecewakan:) 


Balik semula mengenai laptop.Aku berdoa berjodohan dengan laptop pink.haha.Mengade betol pompan ni.Ala bukan selalu pun kan.Bayarpun tak guna duit mak ayah rasenye(sebab belum beli so boleh la rase-rase.haha).Harap-harap tak le lelebih no ai menyusahkan mereka.Kalau kat Sabah ada masalah nanti sedih ke apa nagis bawah bantal jela.Bila call mestilah hepi2 aje.Tak gitu khenn.. 







Nak kemas luggage ni.BYE!



Friday, 19 July 2013

SABAH


Assalammualaikum.

Amboi, dup dap dup dap sangat tau nak pergi sabah ni.Tapi semua benda belum settel.Pergi sana bawak barang sikit aje.Watlek dulu ah.hehe.Kang nanti aku yang menyesal tak prepare awal.Padan muke!

Meh cerita sikit.Sabah ni tau tak kat mana? Ala kalau tengok peta dulu masa sekolah mesti cakap yang macam kepala anjing tuu.Haha, tak sangke kejap lagi aku stay sana.Siap kat sandakan lagi:p.

Sandakan yang dekat hidung anjing tau:)
[KREDIT]



Btw, bila di sabah nanti aku ada harapan,nak stadi rajin-rajin.ehee.Ai dah bosan uolls jadi pemalas.Which is sangat ketara masa form4 and 5 dulu.Adalah sebabnya kan.Masa tu memang lah tak rasa ape-ape.Then masuk matrik amik kau.Sesak nafas ni.Rasa down and lost hope tu slalu lah jugak.Tapi kat matrik nilah masa muhasabah diri.Ape je yang aku dah dilakukan sepanjang hidup ni.Sejauh mana kehadiran diri ini memberi kesan kepada yang lain.Bak kata Prof. Muhaya, jadikan hidup di dunia ini untuk memberi sebanyak-banyaknya dan akhirat nanti untuk menerima sebanyak-banyaknya;).Owh prof,, i'll always love ur words.Lagi-lagi buat sesuatu jangan mengharap penghargaan dan pujian manusia.Masuk hati key.

Malas yang dimaksudkan di atas bukan lah malas tergolek macam ular sawa kenyang tu.Tapi sebolehnya kalau belajar, aku dah buat yang terbaik kan.So, whatever the results nanti after the exam bolehlah cakap kat diri sendiri: oh takpe result macamni, yang penting aku dah buat yang terbaik.Kita sendiri rasa dan tahu sejauh mana yang TERBAIK tukan.Kalau masa spm dulu bila orang pujuk aku: takpelah anis,,,kan dah buat yang terbaik.Aku dalam hati gelak je.Mane ado yang terbaik.Tak maksimum langsung usaha.So, masa tu aku takdapun pujuk diri cakap takpe dah buat terbaik.Cakap padan muka adalah!

Good luck lah untuk diri sendiri.Mana tahu rezeki kat sana.Untung-untung dapat first class degree tak payah bayar balik PTPTN.Insyaallah, selalu doa-doakan ea.Tapi paling penting ai tak sabar nak naik BELON. Yeahhhhh;)





Friday, 12 July 2013

Result UPU



Assalammualaikum.


Alhamdulillah sempat juga merasa ramadan sekali lagi.Senyum sikit:).


  My second day of ramadan aku dapat result upu tau.Aduh jantung punya la rasa nak gugur.Malam sebelumnya aku jaga nenek kat hospital.Siap terdengar orang mengerang patah kaki eksident dengan lori.Terus bersyukur pointer cukup makan.Bukan apa, dulu dah cakap pada diri sendiri pointer ok nak jadi doktor.Doktor jugak tak kira!.Ni baru dengar orang nangis kesakitan dah tak sanggup.Siap cangkung tutup telinga.Pleaselah, jangan buat kelakar.Tapi dia patah dua kaki.Harap-harap cepat sembuh.

  So, aku adalah semalaman tak tidur.Balik terus terbongkang.Bangun je yeyy result dah keluar.Adalah dalam pukul doblas lebih.Check guna sms.Lepas tu kan sah aku dapat ums.Alhamdulillah bestnya siap lompat2 tau.Ok tipu.Apehal pulak nak lompat2.Dah lah kat rumah bapak sedara.Tapikan dia kata "Tahniah bla3, kursus HG35".Eh3, ni bukan kos yang aku mintak!. Terus cari laptop dan Tahniah anda ditawarkan ke kursus HORTIKULTUR DAN LANDSKAP.Ok,,,, i seee...

  Ape ek perasaan masa tu.Macam terkedu jelah.Nasib baik sebelum check aku dah berdoa supaya reda dengan apa-apa result.So, macamtulah.Petangnya naik bas nak balik bp.Aku dari muar.Naik bas orked tau.Bas baru lawa gilos.Part tak bestnya jadi manusia last yang datang.Ada kosong sebelah budak laki.Adumak dah la feeling3 shahdu.Tetiba duduk sebelah mamat mana tah.Tak pasal-pasal sangat tau.

  Kita biar jelah budak sebelahni.Aku pun sambung la termenung.Yelah, aku tak sangkakan dapat kos ni.Aku tengok orang depan, rambut dia blonde.Tolongla kalau nak kaler rambut pun bagi lah natural sikit :p. Lepastu aku tengok lantai bas, bumbung bas, kasut orang, tengok tangan aku, tengok hujung lengan cardigan aku, lepastu eh3, jap ea.EH, apehal cardigan aku terbalik ni!!!!.uwaaaaaaaa, bongok sangat tau.Dah lama dalam bas baru perasan.Seb baik kaler hitam,tapi nampak la jahit tepi dia yang terbalik tu.Saya adalah malu.cis3.Padan la orang sebelah pandang slek je.Jatuh saham ai tau.sob3.

  Bila dah jumpa my parents, dua-dua sokong aku masuk kos tu.Pastu bagi nasihat and bla3.Makin bingung tau.Bukan apa, aku serius tak tahu apa-apa pasal kos ni.Jadi balik duduk diam2 depan laptop and start searching.Walaupun tak jumpa banyak dapat banyak sokongan dari families and friends rasa macam okay.
Semangat balik.Sebab tulah bila down cari orang yang positif.Aura dia boleh sampai kat kita macam magik sangat.haha.

  Well, survey subjek dalam kos tu still adalah kimia and bio whatsoeverrr.Banyak juga benda baru yang akan belajar.Sekarang rasa tak sabar2 nak pergi sabah.ooooo.naik kapal terbang.Kau ada?haha.Aku sebenarnya takut tak ramai perempuan dalam kos tu.Entah dari mana tah datang takut tak ramai perempuan tu.kah3.Selalu je fikir yang pelik2.Bapak aku pun kata kenapelah perempuan fikir benda yang tak perlu.hahaha.Tapi serius nak tanya senior dalam page yang dieorang buat untuk mahasiswa/i baru tu.Tapikan seganlah.wuwuwuwT,T

 Lepasni nak update pasal ums banyak-banyak.Oh ye, aku dapat kampus cawangan sandakan.Suka3.Katanya populasi situ sikit je.Banyak pokok.Ceh,, cakap jela area pendalaman.haha.Takpe, akupun memang suka duduk area tenang2 dan damai.Alergik sikit tempat bising ni.Ambooooooi3, siap alergik.Kalau diri sendiri memekak runtuh bangunan tak kisah pulaks.hee.

  Dah la banyak gila merepek.Banyak sangat nak cerita.Pasal TeenACE tu serius nak sambung lagi.Tapi saya adalah bizi.Tunggu saja lah bila entrynya keluar.haha.Apa-apapun syukur.Paling syukur Allah selalu datangkan orang-orang yang sudi bantu and memahami aku.THANKS ALLAH;)







Wednesday, 3 July 2013

TeenACE #1


Assalammualaikum semua:)





   Tempoh hari aku pergi program TeenACE under langit ilahi.Pergi program macam ni rasa rindu sangat-sangat dengan KMM.Kalau dekat KMM sepanjang masa ada majlis ilmu.Takdelah hati rasa kosong semacam. Tinggal siapa yang nak ilmu dengan taknak je;(.

  Macamana aku boleh pergi program ni sebab aku like page Hilal Asyraf dekat Facebook.Aku sebenarnya tak ikut pun tulisan buku-buku dia,just status FB je pun.Tapi bila compeni dia anjurkn program ni terus rasa nak pergi.Sehari sebelum program tu aku adelah beli satu buku dia.Pasal buku yang aku beli ni kite cite lain kali lah.hahaha.Seriously senang-senang aku terpengaruh nak datang walaupun follow status FB je.Harap-haraplah tak mudah terpengaruh ikut lelaki Lombok lari ke negeri asal mereka:p

   Semua benda yang ada dalam program ni buat aku berfikir.Yelah otak ade buat ape bazir-bazirkan. First sekali Hilal bagi talk.Apa yang aku ingat dia suruh berhenti hidup main-main.Cuba fikir-fikir siapa kita 5 tahun lagi.Aku kagum dengan semangat encik ini.Dia baru 24 tahun okay.Dan dah jelas matlamat hidup.Dah ada Langit Ilahi yang siap bercabang tu.Dan paling penting lagi katanya, "5 tahun lagi siapa anda? dan APA YANG ANDA AKAN BERI PADA UMAT INI!". Sedih sangat, setakat 18 tahun lebih hidup, amalan sendiripun terkontang kanting:(..Tapi insyaallah, belum terlambat berazam baiki diri dan menyumbang sesuatu untuk islam:)



   Lepas tu talk dari Amin Idris.Dia suruh dream BIG because life is short!. Orang yang ada matlamat jelas dalam hidup dia takkan ada rasa boring.Apatah lagi up status or twett cakap "BOSANNYA  hari ni".Terasa keyh, aku selalu cakap bosan kat mulut je.Takdelah nak update status bagai.Nampak sangat matlamat hidup kabur.sobsob.

    Andailah kata aku ni hidup 60 tahun.Insyaallah kalau panjang umur, aku dah bazirkan hampir 19 tahun!.sedih sangat.Masa yang paling membazir adalah masa aku form 4 and 5.Harap-harap aku tak ulang lagi membazir masa macam ni.Lagi,dia ingatkan kalau ada kesilapan, jangan cari siapa yang silap, tapi cari apa yang silap.Alhamdullillah aku dah jumpa silap aku.Setahun kat matrik yang nyawa-nyawa ikan tu aku dah blajar banyak benda.Terharu ni.serotttttttt.(keluar cendol sikit,lap balik hee)

    Paling aku tunggu-tunggu adalah Ustaz Hasrizal punya slot.Aku pernah baca buku ustaz yang Secangkir teh pengubat letih. Terus rasa nak jumpa sebab kagum sangat dengan orang-orang yang belajar sejarah.Ingatkan garang sebab tengok gambar kat mana entah macam garang je.Sekali lawok la.hehe.Ustaz bagi langkah untuk berubah berpandukankan ayat 13-14 surah al kahfi.Disimpulkan kalau nak berubah tu, kita berubah je.Lepastu insyaallah kekuatan akan datang dan kita mudah untuk bangkit.Yelah kalau kita nak berubah mesti Allah tolongkan:)


Ustaz hasrizal atas stage dan di screen.

  Btw, aku duduk agak belakang la jugak.Bukan lambat datang tapi ramai gila yang datang cepat.*alasan.haha.Muslimat ramaiiiiii sangat.Semua cun-cun.Aku pulak yang suka tengok diaorang memang aurat jaga betul.Siap ada yang berpurdah, sejuk hati sangat-sangat.Harap-harap anak aku nanti dapat bini  stok jaga maruah macmni *eh3,kesitu dah diaaa, hehe. Berdoa diri sendiri dapat jaga aurat betul-betul macam kebanyakan yang datang:)

   Dahlah, penat taip.Sambung lagi lah.Aku memang nak cerita detail pun sebab nanti aku down ke apa.Boleh baca balik entry-entry ni.Salam...










Wednesday, 26 June 2013

Berubahker?



Assalammualaikum.



Hai semua.Awak pernah tak rasa nak berubah?

Saya pernah, 
antaranya nak jaga ikhtilat betul-betul;(
berjanji sendiri tak mahu berurusan tak penting dengan lelaki ajnabi,
tak mahu lagi mulakan sebarang bicara kata yang tak perlu,
tak mahu lagi hantar message yang remeh-remeh,
tak mahu lagi bermain perasaan yang sia-sia.

tapi saya pun biasa-biasa orangnya,
kadang-kadang merindu-rindu,
kadang-kadang cemburu,
kadang-kadang terpikir perkara tak perlu.

walaupun saya tahu, 
saya tak payah risau-risau, 
tetang siapa teman saya nanti, 
sedangkan Allah dah tentukan semua,
malahan sebelum saya lahir lagi.

tapi saya sendiri masih gatal-gatal,
fikiranpun masih terawang-awang, 
sepatutnya saya sibuk memikirkan ummah,
ummah sedang sangat sakit, 
tapi terleka pula....


SOBSSSSS,, ;(


Saya masih kurang ilmu.Iman saya bergelora,tapi tak seperti lautan sebab naiknya sedikit tapi turunnya banyak.Jadi nak diibaratkan macam apa agaknya?







Apapun, tolong doakan saya istiqamah ya? Saya pasti doakan awak juga^^,.






p/s: wrote this just to express my feeling T,T.yeah, sometimes shame on myself...tapi aku sendiri tak pasti,baca balik atas ni macam sajak pulak dah. hahahaha.










Thursday, 13 June 2013

Gambar berjuta


Assalammualaikum


Hai. Just nak meluahkan betapa aku tak faham dengan manusia-manusia facebook lagi-lagi perempuan yang tak habis-habis tayang gambar sendiri.Kadang-kadang takde kene mengena pun!!!

"morning everyone:)"
 - letak gambar besar gila.Jarak kamera dari muka 5 cm.

"walaupun banyak masalah hidup perlu diteruskan kan?"
- letak gamba dengan muke sedih.olololooo.comel leteww.

"korang,harini besday mama saya.happy sangat"
-letak lima gambar sendiri berbagai  gaya di edit jadi satu gambar.

"lenguhnya balik shopping"
-again, gambar sendiri tengah buat muka terkejut.macam biasa jarak kamera dari muka 5 cm.


  Kadang-kadang berdekah je aku tengok.Macam "so, ape kene mengena dengan status???".haha.memang aku remove je orang yang over letak beratus gambar dia sorang.Bukan ape.Menyemak je dekat home fb aku.


  Bukan tak boleh nak masuk gambar.Tapi berpade la khenn.Aku cuma terbayang je.Macamna lah perempuan-perempuan yang sebuk tayang muka dari kepala sampai kaki sambil punyalah ramai komen "cantiknya awak""ish, sejuk tengok muka.kawin nak?"" wah,indahnya ciptaan tuhan" ni one day ada famly then ada anak.Anak dia baca pastu eh,apekene mak aku ni.Biasanya komen-komen macam tadi datang mestilah dari yang berlainan gender kan.Ape kau rasa bila mak korang macamni?


  Okay lah,aku bukannya nak bash golongan ni.Cuma tak setuju je dengan cara dieorang menampilkan diri.Ada banyak lagi cara yang proper untuk korang kenalkan diri.And tak pernah setuju dengan perempuan yang letak gambar berjuta dalam internet.Bukan ape perempuan ni begitu beharga.Bukan untuk ditayang.heee.Buang gambar anda dari laman sosial sebelum terlambat dan disalah guna!!!.Pasal terlambat dan di salah guna nanti jelah cerita.Malas dah nak taip lagi.hahahahah.Peace..








Borak kosong


Assalammualaikum.


  Hai korang.Malam tadi aku bersungguh-sungguh brainstorm idea.Nak buat ape sebenarnya.Nak kerja tapi macam tak jadik je.Heish, sabo je mak nok. Dah penat-penat fikir aku cadang nak tulis novel lah.kihkih.Macam berdekah je dengar.Tapi belum cuba belum tahu kan. Nama heroin dah ada.Jalan cerita dah nampak sesikit.Tinggal malas dengan rajin je.

  Cerita pasal malas dengan rajin.Ni pun aku tak berapa faham.Kenapa kalau kat rumah malas gila.Kadang-kadang online 24 jam.Tak produktif betul hidup. sobsob.So, mulai malam tadi jugak aku dah mestikan diri aku buat checklist ape yang perlu buat esok.At least bermakne jugak la aku kat rumah nieh.hehe.


  Tahu tak kat Malaysia ni ade beberapa kategori panas:
  1. panas
  2. panas gila
  3. panas gila babi

  Sebenarnya aku jumpa kat twitter benda ni.Kelakarlah.Apa salah babi berkenaan.Aku tak berkenan betul babi ni disalahkan dalam banyak benda.Lagi-lagi yang suka mencarut guna binatang ni.Kasihan beliau. And alhamdulillah aku pun dah belajar kawal mulut nak mencarut-carut ni.kih3.

  Banyak benda aku nak tulis sebenarnya.Tapi nanti-nantilah.Saje je nak borak kosong.Oh ye.Kejap lagi nak ramadan.Dah habis pose ganti belum???







Wednesday, 12 June 2013

i'm BACK!!!!!



Assalammualaikum. 


  Hai semua. Now i'm matric leaver. Living alone at home while others are not is kind of boring. Asyik buat rutin harian yang sama je. Sedih tau, sobsob. So, suddenly teringat yang aku sebenarnya ada blog terbengkalai. Kalau dulu aku buat blog ni lepas spm sebab bosan why not tak sambung lepas matrik sebab bosan jugak kan? haha XD.

  Jadi lepas tersedar,teringat,terimbas yang "eh aku ade blog ea???". Terus aku sign in blogger and read back my previous entry rase nak ketawa gila3. Aku bukan nak cakap entry lepas aku tu kelakar ke ape tapi macam eh, ni aku yang tulis??? biar betul *hentak kepala kat dinding*

   I will start blogging again, yeayyyy!!!







p/s:My previous entry was my life back after my spm. Now i already changed a lot. Err at least i felt that i have changed.=,='.. Just don't judge me by my past okay. So, yeah.

Saturday, 14 April 2012

Review:Battleship

Assalammualaikum.

Okay, dua hari lepas sebenarnye aku pergi wayang sekampung konon melepas rindu nak jumpa kawan-kawan time sekolah dulu.Haha,serius dulu sebab tahun lepas.Dah dua hari baru nak cerita kan? Takpe belog ini memang selalu memaparkan berita basi.Kihkihkih.


dah tengok?

Meh aku bagi sinopsis ikut sedap mulut aku:

Hero die asalnye tak boleh diharap,kira tak berguna lah.Abang die gile sakit hati kat die so pakse si hero  masuk tentera. Negara dia ni ada sekumpulan saintis dok hantar isyarat dekat planet yang berkemungkinan ada persamaan dengan bumi.Tanpa disangka ada pulak hidupan iaitu alien.Alien datang secara berjemaah,lalu tercetus la perang.Alat komunikasi si alien ni pulak rosak jadi dieorang cuba nak guna teknologi bumi supaya dapat berhubung balik.Tapi dapat dipatahkan oleh si heroin and the gang.

Mase perang abangnye hero mati sobsobsob,sedih tau.So,hero menjadi ketua bergabung dengan sorang lagi ketua dari china dan akhirnya berjaya kalahkan alien.yeyyyy.Eh, baru perasan aku tak cerita pasal hero,heroin dan bapaknye. Takpe,korang boleh pergi tengok sendiri.



Hahahaha.Bodoh gila sinopsis aku.Takpelah takde markah pun kan.Hehe


suke raihana dalam filem ni tapi kenape cik kak ni punye dialog sikit sangat???why?why?why?


Cerita ni best sangat tau.Tak rugi tengok dekat pawagam sebab kesan khas die memang seronok.Sampai rasa sayang la terlepas aksi perang dia.Tapi masa aku tengok cerita ni ade dua orang minah mane tah asyik bangun pergi tandas.Apehal diorang ni.Nasib baik la aku tak bizi bodi pergi tanye memacam.Hehe,sekarang pun dah terase macam mak joyah bizi body.hohohohoh.Apa-apa pun memang berbaloilah doblas hengget aku.


Kekurangan filem:

Cerita ni lame wehh.Dalam dekat empat jam.Dah la sejuk gila dalam wayang.Menyesal aku tak pakai snow cap.kahkahkah.Permulaan cerita agak lambat.Boleh je sebenarnya skip sikit.Orang still faham la hero dan heroin tu saling jatuh cinta,alahaaaii.

Lagi part permulaan ade babak keblue an kat situ.Aku pelik kenape lembaga penapisan filem tak potong babak tu.Malu la weh,cerita macam ini kan ramai budak suka tengok.Saje ke tutup sebelah mata padahal kalau potong babak tersebut takde rosak pun filem tu?Memang tak sesuai betul dengan budaya ketimuran kite.Nilah salah satu sebab kenape abang hidung belang tak tahan nak merogol orang.Memang sekejap je babak itu tapi sekejap yang tulah buat encik perogol nak merogol bersepah-sepah.kahkahkah.

Ke aku yang tak tahu tak boleh maen potong-potong filem ni??










#ade orang suruh aku buat review filem ini sebenarnya.Terus terasa artis,harharhar.



Thursday, 5 April 2012

Review: Wrath of The Titans


Assalammualaikum

Aku baru je tengok cerita ni dua hari lepas.Bajet glemer betul nak tulis review dekat belog.kih3.



menonton dengan teman3 tersayang adelah kebahagiaan.hehe.tetibe.




Ini adelah review dari sudut mata aku:

ehem3.


Cerita ni memang la best dengan adunan aksi dan kepelbagaian teknik janaan komputer ewah! tak agak ayat mak.Ye memang best, tapi kenape takde hero abang kacak dalam filem ni?????!!!!! Watak sampingan kacak pun takde tau.Awww,sedih mak macamni.wuwuwu.


Lagi satu, jalan cerita dia memang senang sangat.Kalau dewa-dewa tu takde masalah keluarga cerita ni takkan jadik.Simple, dalam adik beradik ade saling jeles3 lepastu yang paling tersisih datang nak balas dendam dekat bapak die.Haaa, gitulah adik beradik dewa a.k.a tuhan dalam cerita ni.


Ibu bapa yang bawa anak-anak belum mumais sangat digalakkan lepas menonton terangkan sikit-sikit pasal cerita ni, yelah bebudak kan.Dia boleh salah faham la sebab dewa tu dipanggil god, god kan tuhan.Tapi tuhan die kenape macam manusia siap boleh sakit mati semua.Jadi kene terangkan.Kena!!!! sebab, kalau anak-anak anda dah salah faham dari kecil macamane pula dewasanya nanti,cewahh!


Kalau yang ade rase cerita ni sesat, ya memang pun tak selari dengan akidah islam kita.Jadi kat sini boleh la kita buat perbandingan.Contohnye cerita ini ada banyak tuhan, dewa perang,bapak dewa,anak dewa,dewa separuh manusia separuh,adik beradik dewa, takke boleh menimbulkan pergaduhan dah banyak sangat tuhan.



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah (wahai Muhammad surah-al 'Ikhlas): “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa,
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia

Maksud surah Al-Ikhlas

Tonton cerita ini lalu anda akan dapat lihat betapa agungnya tuhan kita.Sangat sempurna segala zatnya.Hanya perlu bandingkan cerita ini dengan surah di atas yang menerangkan segala kebesaran Allah walau dengan  hanya empat ayat.Subhanallah:).Allah lah yang maha berkuasa di langit dan dibumi serta tiada sesuatupun yang setara dengannya.Jadi tak mungkin ade gaduh3 macam dalam cerita ini:)

Kesimpulannya bolehlah pergi tengok,best, tapi jalan cerita sangat boleh dijangka.huhu ^-^.



Thursday, 29 March 2012

Cerita hari ini.


Assalammualaikum.

Ini cerita hari ni walaupun sepatutnye nak cerita benda3 semalam.Tapi baik kita tangguhkan cerita semalam dan bercerita tentang hari ini kerana hari ini adalah hari ini.hahaha.Pening tak??


google


Ya,hari ini sangat pelik.Hari di mana aku bekorban untuk masa depan yang kekal selamanye yakni di alam yang lain.Alhamdullillah berjalan lancar walaupun diri sendiri sendu sehari suntuk.T.T


Aku tak sangka buat keputusan untuk beralih kearah lebih baik lagi susah berbanding waktu pening3 nak pilih     bidang dan universitit masa buat upu.Dan aku bersyukur setakat umur tujuh belas tahun lebih ni, keputusan yang paaling sukar aku buat adalah ini.:).


Insyaallah:) semuanya akan baik-baik sahaja.
kita serahkan semuanya kepada Allah okay??







Tuesday, 20 March 2012

Hari ini! Result SPM 2011.


Assalammualaikum.


Aku tak takut kecewa.Tapi lebih takut mengecewakan.Ini pagi yang hening.Baru pukul 1.11 pagi 21.3.2012.Penamat gelora adalah pada sepuluh pagi.Di Facebook dah ada yang berdoa dimatikan dan hidup semula esok.Itu mustahil.Apa yang ditakdirkan untuk kita pasti akan diketahui juga.




ini lagu takdir =,='. que sera sera


Lama rasanya tak berpuisi.Dulu aku ada cita-cita ke kelas sastera.Tapi bila masuk aliran sains aku semakin lupa perasaan kala berpuisi.Sekarang nak bermadahpun rasa semacam.


Dalam beberapa jam lagi akan nampak hasilnya.Mana yang baik maka bersyukurlah dan saling menguatkan yang tidak senasib.Mereka yang kurang bernasib baik, anggap ini adalah dugaan dan ujian.Tolong jangan lupa hari mendatang dan berterima kasih pada yang membantu menguatkan.:)




Sunday, 18 March 2012

Kenapa aku masih mencari-cari biasiswa sedangkan...Oh,no result SPM 2011 semakin hampir!!!


Assalammualaikum.
Entri ini untuk diri sendiri khususnya.




Baru haritu kawan aku waktu sekolah rendah dulu update status mencari-cari biasiswa yang boleh dia apply. Yes,aku jeles tau dengan kawan aku tu tapi mestilah die tak tahu.kih3.Selepas membaca status berkenaan terus aku melihat diri sendiri.Rase tak layak tauu.Aku belajar start fokus sikit sangat form5.Fokus bnyak sikit separuh akhir form5. Fokus banyak sangat tak boleh pulak sebab nanti aku meroyan macam orang gila.hahahah.Eh, pleasee.Tak pernah dengar ke study smart not hard..Uh, sehmat lew sangat aku ini belajar.hahahahaw.


Baiklah, kenapa aku masih mencari-cari biasiswa sedangkan......perasaan aku mengatakan aku tak mampu apply biasiswa.Tak dapatpun nak full kan kriteria yang dieorang nak sebenarnye.Seperti paling kurang straight A tanpa A- atau 8A dengan hanya A+ atau A sahaja.Bace kriteria tu pun buat aku rase macam ehh apekau ingat aku pandai sangat.Then orang bagi biasiswa tu kate ciss,,apekau tak pandai ade perasaan nak orang sponser!.hahaha.Oh,aku tidak lah berkecil hati kerana kalau aku ada yayasan sendiri mestilah aku bagi biasiswa pada budak yang potensinye cerahh, ye dak.





HABISTU KENAPA CARIK LAGI!!! 

google


Kerananya dari situkan, aku tahu yang banyak lagi biasiswa yang ada untuk bukan sahaja lepasan SPM, malahan STPM,MATRIK,PhD dan banyak lagi.Waima tengah kerja kalau nak sambung belajar pun masih ade peruntukan biasiswa atau pinjaman.So,kalau kau kecundang SPM jangan risau sebab banyakk sangat peluang lepastu.Cuma pastikan peluang lepastu janganlah lepaskan sia-sia.Amik pengajaran SPM kali ni.*rujuk ayat selepas assalammualaikum di permulaan entri*.And pleasee jangan putus asa.Kerana putus asa kedengaran tidak cool okay.



Sebagai manusia biasa aku mestilah mengharapkan yang terbaik bila bertentang mata dengan result SPM aku pada 21.3.2012.Dah nak dekat sangattt la woi!!! Mau tak tidur malam mengeluh dengan diri sendiri.Ada kawan  mengadu jugak kat aku benda yang sama so aku cuba la nasihatkan ape yang patot padahal diri sendiripun  2 x 5 je.hihihi.Tak terlepas akupun mengharapkan keajaiban pada kertas result tu nanti dapat straight A insyaallah.Tapi kalau dapat result senyumpun aku reda.



Nombor giliran ai rahsieeeee.:D



Tolong doakan ai dapat ini SEMBILAN tau! 9A+.insyaallah:)



Marilah kita berdoa banyak-banyak sekarangg.huuuuuuuu.Anis,kalau result hampeh bolehlah bace entri kau yang ini balik.Sungguh bermotivasi bukan???Kah3.Awak semue tolong doakan saye ye.hehe.^-^ (sambil buat muka konon-konon comel ah.malu tau.hehe)








Oh,setakat ini aku baru tahu satu biasiswa yang dah boleh diapply di SINI.







Friday, 16 March 2012

Kilang cokelat di rumah sendiri:)


Assalammualaikum.


Ini cerita dah lama XD.


Baru tahu okay buat bende alah ni tak susah langsung.Yang penting ade bahan-bahan dan acuannye.



sakit hati sebab acuan huruf-huruf tu banyak huruf  takde.huruf s pun takde makanye name aku menjadi ani.=,='


sila cari imej tangan.



okay.aku nak berniagalahh.haha.berangannn.


Bestkan.hehe.Aku bukan minat sangat pun nak memakannye.Buat sebab nak tengok hasil.Makan 2,3 ketul lepastu letak dalam peti ais, sape nak makan amik sendiri.hahaha. Memang eksaited sebab lepas beli bahan tiba rumah terus buat. Tengah ade semangat baik jangan berlengah tau. Nanti hasilnya sama dengan belog aku yang hanya berupdate bile tuannye ade mood yang stabil dan warass.hahahahahahaha.









Ade sesiapa yang nak tempah??kih kih kih






Thursday, 23 February 2012

Salah asuhan?

Assalammualikum.



menangislahh..


Aku tersangat pelik harini.Kerja dekat tempat jagaan kanak-kanak adalah seronok, lagipun kalau semua dieorang tidur pada sleeping time maka aku pun bolehlah buat benda yang disukai iaitu....tidur sekali.kuang3.



Pelik #1: Kenape aku boleh tertidur sekali sampai satu jam.Ishhh...tak agak.Selalu aku tak buat tau.Biasenye aku memasak,kemas taska,sapu sampah,bla bla bla.Okay tipu.Paling-paling aku baca komek jew.haha.


Pelik #2: Harini ialah hari kesebelas bekerja sebagai pekerja on call di taska.On call tu,engkau ade??Takpelah feeling doktor siket-sikit.Namun benda pelik ialah aku tak tahu dan malas nak tanya gaji aku berape.kih kih kih.Sampai sekarang tak tahu gaji!


Pelik #3: Inilah yang terpaling pelik.Salah siapakah jadi begini?Aku kerja jaga anak orang penuh kasih-sayang dan berciri ibu mithali tapi di salah guna.Salahnya budak fevret aku kini menjadi budak terpaling gembeng.Mesti nak  kene dokong lahh ajak bergurau senda.Ape ingat tak ade kerja lain.Ya, memang tersilap mencurahkan banyak kasih-sayang.Kadang-kadang kene dengki juga bia budak tu jadi gagah perkasa. Yeahh,,aku dah jumpa alasan untuk mendengki budak tu.

Kita jumpa esok yee.hehe.





Memang tersilap.Sebab tu lah ade pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.Kalau anak dah besar panjang nak suruh buat ape pun payah.Membazir air liur.Mestilah membazir,air liur aku contohnya berharga sama dengan air liur burung walit.hahahahahhahahahahahaah.




Monday, 20 February 2012

Mari-mari ke festival layang-layang antarabangsa....tahun depan!

Assalammualaikum, selamat berbahagia dan bergembira.


Lalalalalalalala- mood: senang hati.
Mood ini sangat berharga tau3.Oleh itu aku dan famly pun bersenang hatilah pergi ke pasir gudang sambil bernyanyi riang ria raya pada hari Sabtu lepas, konon-konon nak tengok layang-layang yang menari-nari di angkasaraya....apehal ayat pembuka sangat pelik dan menyampahkan ni.hehe.


Baiklah ceritanya kami semua melihat......credit to google.bukan gamba aku pun.








.....melihat banyak layang-layang yang cantik,comels dan rasa ingin memiliki.Tapi kenapa guna gambar google? Tak reti amik gambar sendiri ker?Ya inilah cerita yang sebenar baru nak bermula.


Kiteorang datang dalam pukul enam petang lah.Dan ape yang kami nampak adelah,jeng3.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


layang-layang rebah di tanah!!

Arghhhh.bencinye!Siap lipat gulung-gulung sebab dah habiss rupanya.Sampai  lima setengah petang je dieorang main layang-layang tu (makcik jual layang-layang bagitahu).Tersedih la juga sekejap tapi lepastu ade banyak gila gerai jual macam-macam terus tersedar dan perasaan ingin bershopping meresap ke dalam jiwa.
Huuu.Perasaan istimewa dalam diri setiap insan yang bergelar perempuan.ceh3.


Jadi kesudahannya adalah berjalan melawat gerai-gerai dengan gaya menteri-menteri melawat rakyat jelata.Sekian, terima kasih rakyat!









Oleh kerana festival ini tamat pada 20.2.2012 maka berdoalah untuk hidup lebih lama supaya dapat pergi tahun depan dan tengok layang-layang sebenar sedang terbang,bukannya dalam lipatan!


Tuesday, 14 February 2012

Berasap kalbuku dihembus pilu;(

Assalammualaikum dan selamat malam sekalian alam.


Tadi aku dekat taska feeling shahdu kau tahu.Sebenarnye semalam dah rase shahdu.Tapi harini pun shahdu jadi bila dikumpul dua hari jadi shahdu kuasa dua.hehe.

Semalam adalah pertama kalinya aku mandikan budak oku (Orang Kurang Upaya.tau tak.kalau kau tak tahu kau termasuk golongan ni tau).Budak ni tak la teruk sangat oku nye.Cuma kaki lemah tak boleh berdiri lame dan enggak bisa berjalan apatah lagi berdansa ya kawan-kawan.Percakapannya agak lambat tapi kondisi kesihatannya baik sebaik-baikknya.Tapi budak ni boleh menghesot dengan laju sokay la.Tak la susah sangat nak ke mana-mana.


Tapi aku mandikan dia adalah leceh sikit.Kena pegang biar tak jatuh.Kang kalau jatuh jadik benda bukan-bukan tak pasal-pasal aku masuk Harian Metro muka depan Seorang kanak-kanak oku mati terjatuh di bilik air kerana tukang mandikan sedang leka berjoget lambak.Kan tak ke mampus femes benar nanti.hew3.


Ahh,semasa kali pertama bertentang mata dengan budak ni pun aku dah terasa syahdu sampai nak meleleh hingus boleh buat stok cendol tapi aku batalkan hasrat nak buat cendoltu.Dia baru oku yang sedikit lah sebab ramai lagi kat luar tu yang lebih teruk ke-oku-annya.Aku tak boleh bayangkan kalau aku ade anak dan dia tiba-tiba kurang upaya.Aku mampu ke nak jaga.Sabar ke nak jaga nanti.Macamana nak pergi bawak jalan-jalan.Eeee peninglah kalau fikir.


gambar google: nilah contoh cendol aku.


ini pula cendolku yang bertukar rupa.wah! sedapnye!!


Budak tu tak boleh nak jalan aje tapi macaman dia dah besar nanti? Macamane ek? Tabik la kat semua ibu bapa yang tegar jaga anak-anak oku mereka walaupun anaknya lagi teruk dari yang aku cerita ni.Insyaallah ada balasannya di kehidupan selepas mati. Melihat insan kurang bernasib baik membuat aku bersyukur.Masih jauh lagi aku dengan penciptaku..........




Termenung sekejap.



Monday, 13 February 2012

Omakk dah tahu.kuang3.

Assalammualaikum and hye ebelibadi!!!


Aiseh,baru je hambe nak berbelog dengan konon-konon bersendirian tapi terkantoi jua dengan emakku.keh3.Omak kalau bace ini semua jangan cerita kat sedara-mara.Jangan pakat 1 famly bace belog akak.Jangan ejek.Jangan cerita pasal belog kat dunia realiti.Jangan amik kisahlah senang.Dah bace simpan dalam hati.hahahahaha.Biaselah belog orang sunyi memang begini.Belog orang takdek kerja tetap.Tapi manelah tahu akak duduk obersi satu hari nanti.Boleh menayang rumahku yang bersalji itu.heeee berangan.


Ala jangan la suruh mulut3 becok kat rumah tu bace.Mulut dyeorang bukan ade penapis macam mamak tapis teh tarik guna stokin busuk die tu.Tau3.Janji eh.hehe.Peace..



                              

Friday, 10 February 2012

Cerita aku,Yuna,Qi dan destinasi bajet.

Assalmmualaikum,selamat malam.


Terukir di bintang by Yuna :)


Semalam baru aje balik dari jalan-jalan ala destinasi bajet dengan kawan-kawan.Masih sakit kaki jadi tak dapat nak cerita banyak-banyak.Kaki sume terasa nak tertanganggal okay.Tapi kene cerita jugak suatu hari nanti sebab tu entry ole-ole untuk  madideyha.Oh, terpakselah.Kan,kan nampak tak ikhlas tu.huahaha.


So, ape kene mengena Yuna dan Qi dengan aku ni?
Jawapan: Aku cuma nak cakap sebelum Qi pacaran sama Yuna ni aku dah minat die.hehe.Bukan la suka apa cuma suka dan tertanya-tanya macamana Qi boleh ade muka comel walaupun dah 30++ umurnye??peliks3.



Dah tu ape kene mengena dengan destinasi bajet?
Jawapan: Kau tak tahu ke Qi dulu hos rancangan tu.



Jadi apebendenye dengan entry kau ni dengan tu sumer?
Jawapan: Takde ape-ape.Yang jalan-jalan tu aku nak cerita nanti je.Bukan hari ini.Ini entry pening-pening aje.Kah3.Tahniah kalau berjaya membaca dengan rase geram.





Timekasih.



Saturday, 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul.

Assalammualaikum semua dan selamat pagi :)



Muhammad bin Abdullah merupakan bukti cinta yang tiadalah dapat ditandingi manusia manapun.Rasa kasih dan sayang baginda kepada umatnya begitu menebal sehinggakan waktu ajal baginda juga baginda tetap menyebut-nyebut umatnya tanda ingatan yang tidak pernah putus.



Tapi kita? Bila maulidur rasul baru nak cerita kisah nabi.Untung tahu hari lahir nabi.Untung dekat kalender islam ade sedia tercatat.Untung ada cuti sekolah sempena hari istimewa ni.Untung banyak program keagamaan yang dirancang.Kalau tak adakah kita masih sekurang-kurangnya tahu?Kalau sebut selawat nabipun belum tentu bersambut layake nak cakap cinta dan kasih kepada nabi?


Oh,malu sebab aku tak mampu membalas cinta nabi sebaiknya.Aku mengharap syafaat tapi solat pun lewat-lewat,selawatpun bila ingat.




Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara 
Gurindam Entertainment






Semoga kita saling ingat-mengingati sesama umat:) 
Semoga kita dapat menjadi umat yang boleh membalas walaupun sedikit cinta Allah dan Rasullullah:)
Semoga hidup kita sentiasa diredai Allah dan meletakkan nabi sebagai junjungan:)
Semoga kita semua baik-baik sahaja.Insyaallah:)




SALAM MAULIDUR RASUL